Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya?

Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya?
link : Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya?

Baca juga


Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya?

Oleh Amizar Jaafar
 
 
Menggunakan anggaran kos RM27 bilion bagi 5,324km untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, dianggarkan pembinaan lebuh raya 165km dari KT ke KB adalah RM837 juta sahaja berbanding keseluruhan kos ECRL sebanyak RM55 bilion.
 
 
 



Kedengaran banyak pihak yang menggesa kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dimulakan bekas perdana menteri, Datuk Sri Najib Razak.

Seruan ketara datang daripada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli Parlimen Kubang Kerian selaku timbalan presiden PAS.

ECRL dijangka melibatkan kos minimum sebanyak RM55 bilion dan dijangka bertambah dengan fasa-fasa seterusnya. Projek yang terlalu besar pastinya akan dinilai semula kerajaan Dr Mahathir berdasarkan faktor “cost-benefit” projek berkenaan.

Mampukah projek berkenaan menjana sekurang-kurangnya 2 kali ganda pendapatan kasar ekonomi kepada RM110 bilion?

Jika sasaran untuk memudahkan pengangkutan darat rakyat Kelantan ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta api laju ingin dicapai, berapakah kos tambang yang akan dikenakan? Adakah ianya lebih murah daripada tambang menaiki pesawat AirAsia, Firefly ataupun Malindo Air?

Sebagai perbandingan, kadar tambang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Alor Setar mencecah antara RM70 hingga RM90 sehala bagi perjalanan mengambil masa hampir 5 jam.

Kemungkinan kadar tambang ECRL kelak dari Kota Bharu (KB) ke Kuala Lumpur melebihi RM100 seorang. Berbaloikah bagi sebuah keluarga 5 orang?

Adalah difikirkan bahawa keperluan mendesak pada masa ini ialah menyiapkan lebuh raya dari Kuala Terengganu (KT) ke KB sejauh 165km. Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) ini adalah satu keperluan besar yang lama diabaikan.

Berapakah kos pembinaan lebuh raya dari KT ke KB?

Menggunakan anggaran kos RM27 bilion bagi 5,324km untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, kos pembinaan bagi setiap kilometer ialah RM5 juta. Jadi, dianggarkan pembinaan untuk 165km dari KT ke KB adalah RM837 juta sahaja.

RM837 juta hanya sekitar 1.52% sahaja bagi keseluruhan kos ECRL sebanyak RM55 bilion.

Pastinya dengan ada jaringan lebuh raya yang lengkap dari Kuala Lumpur hingga KB, akan wujud lebih banyak kawasan ekonomi untuk manfaat penduduk Terengganu dan Kelantan.

Memandangkan arah tuju negara menjurus kepada jalan bebas tol, adalah wajar kerajaan pusat menggunakan royalti minyak untuk kedua-dua negeri ini bagi tujuan pembangunan Lebuhraya Serambi Mekah (KT ke KB).

*Amizar Jaafar ialah pembaca FMT.



Demikianlah Artikel Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya?

Sekianlah artikel Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mana lebih penting dan murah, ECRL atau lebuh raya? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/mana-lebih-penting-dan-murah-ecrl-atau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :