Judul : MB Johor bakal diketahui sebelum upacara angkat sumpah esok - Muhyiddin
link : MB Johor bakal diketahui sebelum upacara angkat sumpah esok - Muhyiddin
MB Johor bakal diketahui sebelum upacara angkat sumpah esok - Muhyiddin
Atiqah Ismail, Astro Awani

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah perkenankan majlis angkat sumpah bagi Menteri Besar Johor bakal diadakan pada esok hari pada jam 3 petang. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengatakan siapakah yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor bakal terjawab tidak lama lagi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan mengumumkan nama Menteri Besar (MB) Johor yang baharu sebelum majlis upacara angkat sumpah esok.
Beliau yang mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah individu yang bakal menyandang gelaran itu memandangkan masih menunggu kelulusan Pakatan Harapan di peringkat nasional.
“Baginda telah berkenan untuk mengadakan majlis angkat sumpah bagi melantik Menteri Besar, esok.
“Tidak perlu saya sebutkan namanya kerana ia bakal terjawab sebelum majlis angkat sumpah berlangsung,” katanya.
Dalam pertemuan itu juga, Sultan Ibrahim sempat menyampaikan beberapa nasihat mengenai urus tadbir negeri Johor bagi memaksimumkan potensi negeri itu, sekali gus membangunkan Malaysia.
Demikianlah Artikel MB Johor bakal diketahui sebelum upacara angkat sumpah esok - Muhyiddin
Sekianlah artikel MB Johor bakal diketahui sebelum upacara angkat sumpah esok - Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MB Johor bakal diketahui sebelum upacara angkat sumpah esok - Muhyiddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/mb-johor-bakal-diketahui-sebelum.html