Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa

Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa
link : Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa

Baca juga


Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa

Zulaikha Zulkifli 

   

Kerusi parlimen Setiawangsa merupakan salah satu kerusi parlimen boleh dianggap marginal di Kuala Lumpur dimenangi BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lima tahun lalu.

Pada waktu itu BN hanya memenangi dua daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu Titiwangsa dan Setiawangsa.

Bagaimanapun, majoriti yang dimenangi BN di Setiawangsa pada pilihan raya lalu hanya 1,390 undi sahaja.

Jumlah itu berkurangan ketara jika dibandingkan semasa PRU ke-11 (pada 2004) apabila Tan Sri Zulhasnan Rafique - yang kini kembali bertanding - mendapat undi majoriti sebanyak 19,669.

Pada 2008, jumlah majoriti itu semakin menurun kepada hampir separuh apabila BN hanya mendapat 8,134 undi.

Pada PRU-13, BN meletakkan Datuk Ahmad Fauzi Zahari di Setiawangsa manakala PKR pula bergantung kepada Ibrahim Yaacob.

Orang baru tetap optimis

Pada PRU kali ini, kerusi parlimen P118 itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru - dua daripadanya muka baru di kawasan itu.

BN menampilkan semula Zulhasnan dan PKR pula meletakkan calon yang sebelum ini merupakan timbalan speaker serta exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

PAS pula meletakkan Ubaid Abd Akla sebagai calon mereka.

Menjelang hari mengundi, Zulhasnan dan Nik Nazmi melancarkan manifesto masing-masing khas buat penduduk yang berada dalam kawasan parlimen Setiawangsa.

Walaupun berbeza, kedua-dua mereka disatukan oleh persamaan - mahu memenangi sebanyak mungkin hati pengundi.

Bagi Nik Nazmi, dia optimis untuk memenangi persaingan di kerusi kategori urban yang mempunyai penduduk dengan pelbagai latar belakang itu.

Walaupun ada pihak mendakwa tindakannya meninggalkan dewan undangan negeri (DUN) Seri Setia selepas menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal umpama membunuh diri, namun anak muda berusia 36 tahun itu beranggapan sebaliknya.

Kata Nik Nazmi, dia percaya rakyat sekarang mahukan perubahan dan menganggap tindakannya meninggalkan DUN Seri Setia sebagai satu perjuangan.

“Tidak ada sesiapa yang benar-benar selamat (dalam pilihan raya) tetapi kalau rakyat mahukan perubahan, ia (kemenangan) akan berlaku.

“Saya nampak gelombang (perubahan) itu. Saya tak nampak tindakan saya ini bunuh diri tetapi ia satu khidmat, perjuangan,” katanya ketika diwawancara pemberita.

Sesiapa boleh masuk gelanggang

Mula menjadi wakil rakyat pada usia 26 tahun, Nik Nazmi turut bersedia dengan sebarang kemungkinan meskipun pada PRU kali ini dia berdepan dengan calon BN yang senior dan berpengaruh.

“Saya bukan jenis orang yang senang-senang lari daripada cabaran.

"Saya telah diberi peluang dalam hidup dengan pengalaman politik, menjadi wakil rakyat pada usia 26 tahun.

"Saya rasa ini peluang saya untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Bagi Zulhasnan pula, bekas anggota tentera udara itu pernah menjadi anggota parlimen Wangsa Maju dan Setiawangsa. Dia juga pernah dilantik menjadi menteri.




Dalam saingan kali ini Zulhasnan bersikap terbuka. Katanya Malaysia sebuah negara demokrasi dan sesiapa saja yang layak boleh bertanding dalam pilihan raya.

Malah, bekas duta Malaysia ke AS itu juga yakin, sesiapa pun yang menjadi pencabarnya, rakyat akan terus memberi mandat kepada BN.

“Kita galakkan mana-mana pihak untuk bertanding di Setiawangsa.

"Kita telah turun padang dan percaya, rakyat akan tetapi beri mandat lagi pada kita,” katanya semasa mengadakan sidang media.

Zulhasnan, 64, berkata demikian ketika diajukan soalan mengenai Nik Nazmi yang merupakan muka baru bertanding di kawasan berkenaan.

Cuma HARAPAN dan BN

Bagi Nik Nazmi pula, meskipun optimis namun dia tidak mengambil mengambil mudah terhadap pencabarnya serta harapan pengundi.

Katanya, selain berkempen menggunakan media sosial dia turut turun padang untuk bertemu dengan masyarakat.

"Buat masa ini penerimaan sangat positif termasuk dari kalangan orang muda," kata Nik Nazmi yang menganggap pengundi pertama kali dan muda antara faktor bagi kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Walaupun parlimen Setiawangsa berdepan dengan perlawanan tiga penjuru, tetapi bagi Nik Nazmi ia lebih merupakan persaingan antara BN dan HARAPAN.

Berdasarkan keadaan semasa kemenangan calon BN di Setiawangsa pada PRU lalu banyak disumbangkan oleh faktor undi dari kem tentera dan polis di parlimen itu.

Kawasan parlimen Setiawangsa meliputi antaranya Taman Sri Rampai, Seksyen 5, 6 dan 10 Wangsa Maju, Taman Setapak Permai, Ayer Panas, Jalan Pahang, Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak (Mindef).

Berdasarkan laporan kajian semula persempadanan, seramai 15,564 daripada 72,136 keseluruhan pengundi di Setiawangsa terdiri daripada pemilih di Pulapol dan Mindef.

Pecahan kaum mula menunjukkan 62 peratus daripada mereka ialah Melayu, diikuti Cina 26 peratus, India 10 peratus dan lain-lain dua peratus.

Parlimen Setiawangsa mempunyai pengundi dengan pelbagai latar belakang, daripada golongan kelas rendah yang tinggal di rumah pangsa serta kelas menengah dan atasan yang antaranya tinggal di Taman Setiawangsa dan Bukit Setiawangsa.




Demikianlah Artikel Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa

Sekianlah artikel Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mencatur gerak mencari kerusi di Setiawangsa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/mencatur-gerak-mencari-kerusi-di.html

Subscribe to receive free email updates: