Judul : Musa: Undi berdasarkan rekod prestasi, bukan sentimen
link : Musa: Undi berdasarkan rekod prestasi, bukan sentimen
Musa: Undi berdasarkan rekod prestasi, bukan sentimen
Pengerusi BN Sabah itu membuat ramalan itu berdasarkan kehadiran rakyat sepanjang kempen PRU14.
KOTA KINABALU: Selepas berkempen selama 11 hari, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman optimistik parti itu akan kekal berkuasa di negeri itu.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, menerusi pelbagai kempen di seluruh Sabah, beliau nampak sambutan hangat rakyat kepada BN dan “kami turun padang sebelum itu lagi, ketika dan selepas pilihan raya. Kami bukan ahli politik bermusim”.
“Dengan momentum ini, kerjasama dan perpaduan dalam BN berdasarkan komitmen dan ikrar dalam manifesto BN yang inklusif serta realistik, insya Allah rakyat akan mengundi BN.”
Bagaimanapun, beliau menggesa ahli BN tidak berpuas hati dengan keadaan itu, sebaliknya perlu terus menemui pengundi, memandangkan hari ini adalah hari terakhir berkempen.
“Saya menyeru semua rakyat yang merupakan pengundi berdaftar supaya keluar mengundi kerana ia adalah tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara.
“Saya yakin rakyat Sabah adalah bijak dan matang dalam membuat pilihan mereka dan akan memberi mandat kepada parti yang layak berdasarkan fakta dan rekod prestasinya, bukannya bergantung kepada sentimen atau emosi.”
Musa yang bertanding untuk mempertahankan kerusi negeri Sungai Sibuga esok berkata, pilihan raya umum adalah proses demokratik yang perlu dihormati semua parti, tidak kira apa keputusannya.
Beliau yakin dengan tahap keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sudah membuat semua persiapan perlu bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.
Demikianlah Artikel Musa: Undi berdasarkan rekod prestasi, bukan sentimen
Sekianlah artikel Musa: Undi berdasarkan rekod prestasi, bukan sentimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Musa: Undi berdasarkan rekod prestasi, bukan sentimen dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/musa-undi-berdasarkan-rekod-prestasi.html