MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas

MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas
link : MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas

Baca juga


MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas

 
Tan Sri M Kayveas berkata parti itu tidak berhasrat menyertai PH selepas keluar dari BN.


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengesahkan Kayveas masih presiden MyPPP yang sah. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) kekal dengan pendirian sebagai parti bebas dan tidak merancang untuk menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam sidang media khas di Wisma myPPP hari ini, Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata parti itu tidak berhasrat menyertai PH selepas keluar daripada Barisan Nasional (BN).

“MyPPP tidak merancang untuk menyertai PH. Buat masa ini, kita fokus untuk memulihkan kepimpinan dalaman parti.

“Sejujurnya, saya kecewa dengan layanan yang diberikan oleh BN sepanjang bersama gabungan itu.” katanya.

Terdahulu, Kayveas mempengerusikan mesyuarat pertama parti bersama 22 anggota Majlis Tertinggi (MT) yang baru bagi lantikan sesi 2018/2023 di Wisma MyPPP di Jalan Rotan.

Mengulas lantikan baru MT, beliau menegaskan pelantikan itu dibuat atas kuasa presiden mengikut perlembagaan parti.

Lantikan baru berkenaan turut menyaksikan 5 naib presiden dilantik iaitu Datuk Seri Gandi Muthusamy (naib presiden kanan), Datuk Zakaria Abdul Rahman, A Chandrakumanan, Datuk Soma Sundram dan Datuk Gilbert Goh Kian Puay.

Sebelum ini, MyPPP dilanda konflik dalaman selepas parti itu memecat Kayveas daripada jawatan presiden dan surat pemecatannya turut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 24 April lepas.

Namun, pemecatan beliau dianggap tidak sah selepas menerima surat rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan Kayveas masih presiden MyPPP yang sah.



Demikianlah Artikel MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas

Sekianlah artikel MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MyPPP tak mahu sertai PH, kekal bebas dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/myppp-tak-mahu-sertai-ph-kekal-bebas.html

Subscribe to receive free email updates: