Judul : Najib, Rosmah pulang ke KL selepas sehari di Pekan
link : Najib, Rosmah pulang ke KL selepas sehari di Pekan
Najib, Rosmah pulang ke KL selepas sehari di Pekan
Najib dan Rosmah pulang melalui jalan darat kerana tidak boleh lagi menaiki pesawat.
KUALA LUMPUR: Selepas sehari mengadakan program di Pekan, Pahang, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pulang ke Kuala Lumpur.
Beliau tiba di kediamanya di Jalan Duta kira-kira jam 1.17 petang selepas hampir 3 jam meninggalkan Pekan sambil diiringi pengiring.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pulang melalui jalan darat kerana tidak boleh lagi menaiki pesawat.
“Pagi tadi saya menaiki kenderaan ke Pekan sebab tak ada lagi kapal terbang. Saya bertolak 9.30 pagi, sampai Pekan 12.10 tengah hari,” katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya di Pekan semalam.
Program di Pekan merupakan acara pertama beliau di kubu kuatnya itu sejak memenangi Parlimen itu pada 9 Mei lalu.
Beberapa jam sebelum Najib tiba di kediamannya, kelihatan beberapa individu memasuki perkarangan rumah bekas perdana menteri itu.
Kumpulan memberitahu pemberita kedatangan mereka “atas urusan kerja” dan tiada kaitan dengan parti.
Najib perlu tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok dalam siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Siasatan itu, yang sebelum ini dilaporkan berstatus “tiada tindakan lanjut”, dibuka semula ekoran komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat skandal sekitar 1MDB.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Najib, Rosmah pulang ke KL selepas sehari di Pekan
Sekianlah artikel Najib, Rosmah pulang ke KL selepas sehari di Pekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib, Rosmah pulang ke KL selepas sehari di Pekan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/najib-rosmah-pulang-ke-kl-selepas.html