Judul : Pelantikan menteri Kabinet akan dipercepat, kata Dr M
link : Pelantikan menteri Kabinet akan dipercepat, kata Dr M
Pelantikan menteri Kabinet akan dipercepat, kata Dr M
Pengerusi PH itu berkata fasa pertama penubuhan kerajaan libatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usaha percepatkan proses pelantikan menteri Kabinet itu penting bagi membolehkan kajian berkenaan undang-undang dijalankan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata fasa pertama penubuhan kerajaan melibatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini supaya tugas kerajaan boleh dijalankan termasuk mengadakan mesyuarat Kabinet.
“Kerajaan boleh mengadakan mesyuarat Kabinet dengan 10 orang ini sahaja sementara kita isi 15 tempat lagi supaya kita dapat Kabinet penuh melibatkan 25 kementerian.
“Oleh kerana kita akan memakan masa, ada keperluan untuk kita mengadakan mesyuarat Parlimen secepat mungkin, jadi kita akan cuba percepatkan proses persidangan Dewan Rakyat dan angkat sumpah,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Dr Mahathir berkata usaha mempercepatkan proses pelantikan menteri Kabinet itu juga penting bagi membolehkan kajian berkenaan undang-undang yang perlu dimansuhkan dan perkara berkaitan polisi kerajaan sedia ada dapat dijalankan secepat mungkin.
Demikianlah Artikel Pelantikan menteri Kabinet akan dipercepat, kata Dr M
Sekianlah artikel Pelantikan menteri Kabinet akan dipercepat, kata Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelantikan menteri Kabinet akan dipercepat, kata Dr M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/pelantikan-menteri-kabinet-akan.html