Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar

Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar
link : Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar

Baca juga


Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar

 
 
Anwar Ibrahim berkata perbicaraan Sirul Azhar Umar sebelum ini dan keputusan hakim sudah 'terkompromi'.


Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dilapor ditahan di Australia pada 2015 dan dalam tahanan sejak itu.


SYDNEY: Seorang lelaki yang melarikan diri dari Malaysia selepas dikenakan hukuman gantung kerana pembunuhan seorang warga Mongolia, dalam skandal yang dikaitkan dengan pentadbiran lepas, perlukan perbicaran baru, kata pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bekas polis Sirul Azhar Umar, yang sekarang dalam tahanan Australia, mendakwa dia diarah oleh “orang penting” untuk membunuh Altantuya Shaaribuu pada 2006.

Altantuya dikatakan mempunyai hubungan dengan Abdul Razak Baginda, bekas rakan rapat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dituduh mengatur sogokan untuk pembelian kapal selam Perancis pada 2002.

Seteru kerajaan Najib mendakwa Sirul dan seorang lagi rakan subahat, Azilah Hadri, kedua-duanya dari unit elit yang melindungi para menteri, dipersalahkan dalam pembunuhan itu bagi menyembunyikan penglibatan tuan mereka di peringkat tertinggi kerajaan.

Sirul sebelum ini mengancam untuk mendedahkan orang yang memberi arahan itu.

Anwar, yang dibebaskan dari penjara semalam selepas pensabitannya atas tuduhan sodomi diampunkan oleh Agong selepas Najib digulingkan, mencadangkan Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk perbicaraan baru.

Beliau memberitahu akhbar Australia, The Australian, bahawa perbicaraan sebelum ini dan keputusan hakim “terkompromi” dan keengganan para hakim memanggil saksi-saksi berkaitan “mempersendakan undang-undang.”

“Cara terbaik ialah memberikan pertuduhan baru dan membenrkan perbicaraan penuh kes itu,” katanya.

Anwar dinamakan sebagai pengganti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kemenangan mengejut minggu lepas, apabila sekutunya itu berikrar akan berundur dalam masa 1 atau 2 tahun bagi membuka laluan kepadanya.

‘Jangan cakap apa-apa’

Sirul dilapor ditahan di Australia pada 2015 dan dalam tahanan sejak itu, walaupun Canberra tidak pernah mengesahkan perkara itu secara rasmi.

Laporan di Guardian minggu lepas mengatakan usaha Sirul memohon visa perlindungan akan didengari dalam masa beberapa bulan lagi. Pihak berkuasa enggan mengesahkan perkara itu kepada AFP atau mengulas butiran lain kes itu.

Menurut akhbar itu, Canberra membenarkan pegawai kerajaan Malaysia dan orang tengah mereka untuk bertemu beliau dengan kerap, termasuk seorang dari Pemuda Umno 2 minggu lalu.

Ia memetik sumber mengatakan pelawat dari Malaysia itu menyampaikan pesan: “Jangan cakap apa-apa.”

Skandal itu antara topik yang sensitif kerana Altantuya disyaki dibunuh untuk menutup mulutnya tentang urus janji kapal selam.

Najib berulang kali menafikan sebarang salah laku dalam urus janji itu ditengah-tengah dakwaan pembuat kapal selam Perancis itu, DCNS, membayar “komisen” lebih €114 million euro untuk 2 kapal selam Scorpene, di mana pengkritik mendakwa ia adalah sogokan.

Altantuya, 28, ditembak mati dan tubuhnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera di pinggir Kuala Lumpur.

Sirul dan Azilah disabitkan pada 2009 dan dijatuhkan hukuman gantung. Mereka kemudian dibebaskan apabila Mahkamah Rayuan menterbalikkan pensabitan pada 2013 selepas membangkitkan persoalan tentang bagaimana perbicaran mereka dijalankan.

Mahkamah tertinggi di Malaysia mempertahankan hukuman mati pada 2015. Sirul melarikan diri sebelum keputusan itu diumumkan.



Demikianlah Artikel Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar

Sekianlah artikel Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembunuhan Altantuya: Sirul perlu perbicaran baru, kata Anwar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/pembunuhan-altantuya-sirul-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :