Judul : 'Pengetahuan Fadzil Noor luar biasa'
link : 'Pengetahuan Fadzil Noor luar biasa'
'Pengetahuan Fadzil Noor luar biasa'
Koh Jun Lin
PRU14 | Hanya pernah sepentas sekali semasa menjadi seteru politik, rupa-rupanya Allahyarham Datuk Fadzil Noor mempunyai tempat tersendiri buat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata bekas perdana menteri itu, Fadzil pernah menjadi penasihat agama beliau, iaitu ketika tokoh terbabit belum aktif dalam politik.
Kata Dr Mahathir pada ketika tertentu apabila berdepan dengan sesuatu isu berkaitan Islam yang tidak difahami beliau akan mempelawa Fadzil ke rumahnya.
"Dia (Fadzil) ini dulu sebelum aktif dalam politik, dia jadi saya punya consultant agama.
"Apabila saya mendapat sesuatu (persoalan) yang saya kurang faham, saya jemput dia ke rumah," katanya semasa berceramah di Kampung Bukit, Pokok Sena.
Dr Mahathir hadir di sekitar kawasan itu untuk berkempen bagi membantu calon Pakatan Harapan menjelang PRU ke-14 yang akan berlangsung kira-kira tiga hari lagi.
HARAPAN menurunkan ahli politik veteran Datuk Mahfuz Omar yang akan mempertahankan kerusi parlimen Pokok Sena. Beliau memenanginya pada 2013 menggunakan tiket PAS
Demikianlah Artikel 'Pengetahuan Fadzil Noor luar biasa'
Sekianlah artikel 'Pengetahuan Fadzil Noor luar biasa' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Pengetahuan Fadzil Noor luar biasa' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/pengetahuan-fadzil-noor-luar-biasa.html