Judul : Polis: Jangan percaya video warga Bangladesh pakai topi parti politik
link : Polis: Jangan percaya video warga Bangladesh pakai topi parti politik
Polis: Jangan percaya video warga Bangladesh pakai topi parti politik
ANTARAPOSSHAH ALAM: Polis Selangor menjelaskan rakaman video viral di laman sosial memaparkan sekumpulan warga Bangladesh yang kononnya memakai topi sebuah parti politik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengundi di negara ini bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei depan adalah tidak benar.
Pegawai Perhubungan Media PRU14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ACP Nordin Manan berkata siasatan polis sebaliknya mendapati topi biru yang dipakai warga Bangladesh itu memaparkan logo agensi yang menguruskan kemasukan mereka ke negara ini.
“Siasatan mendapati mereka tidak memakai topi mana-mana parti politik dan polis juga tidak menerima apa-apa laporan polis berhubung kes viral ini sehingga kini,” katanya dalam sidang media mengenai isu-isu semasa PRU14 di pusat media IPK Selangor hari ini.
Nordin menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti kesahihannya, lebih-lebih lagi dalam musim kempen PRU14.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sepanjang tempoh berkempen PRU14 bermula 28 April lepas sehingga semalam, sebanyak 1,074 ceramah politik diadakan di Selangor.
Katanya, sejumlah 22 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan kempen PRU14 dibuka dalam tempoh itu iaitu masing-masing 2 kes di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 143/447 Akta Penerbangan Awam, Seksyen 24 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (7 kes), Seksyen 427/435 Kanun Keseksaan (sembilan kes) dan masing-masing 1 kes di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Polis ingin menasihatkan semua pihak terlibat supaya berkempen secara tertib dan tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Secara keseluruhannya, situasi keselamatan di Selangor tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden menggugat keselamatan berlaku sepanjang tempoh berkempen lima hari ini,” katanya.
Demikianlah Artikel Polis: Jangan percaya video warga Bangladesh pakai topi parti politik
Sekianlah artikel Polis: Jangan percaya video warga Bangladesh pakai topi parti politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis: Jangan percaya video warga Bangladesh pakai topi parti politik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/polis-jangan-percaya-video-warga.html