Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis

Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis
link : Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis

Baca juga


Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis

Annabelle Lee


   

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan mengikut proses dalam siasatan berhubung wang yang dirampas dari kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Fuzi berkata demikian ketika ditanya berhubung gesaan Umno agar wang berkenaan dipulangkan kepada parti itu.

"Ada proses dan cara tuntutan itu. Kita mesti mengikut proses yang diperuntukkan oleh undang-undang.

"Siasatan masih berjalan dan mungkin kita memerlukan masa.

"Tapi kita tidak boleh bertindak sebarangan, kita perlu mengikut saluran dan proses undang-undang," katanya kepada sidang media selepas acara mengagihkan kuih hari raya di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Semalam, Umno berkata wang berkenaan sedang dalam proses untuk diserahkan kepada pimpinan baru susulan peletakan jawatan Najib sebagai presiden parti.

"Kita kesal apabila dana dan baki sumbangan kempen dirampas polis ketika dalam proses menyerahkannya kepada pemangku kepimpinan Umno selepas peletakan jawatan beliau sebagai presiden Umno dan BN," kata parti itu dalam satu kenyataan.

Malay Mail sebelum ini melaporkan Najib yang membuat laporan polis mendakwa wang yang dirampas itu merupakan sumbangan kempen pilihan raya.

Sementara itu, Mohd Fuzi berkata siasatan polis ke atas 1MDB sedang berjalan dan menambah bahawa pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk menyiasat skandal berkenaan.

"Kita sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk pasukan khas 1MDB dan Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan kerajaan.

"Kita memang sudah jalankan siasatan sebelum ini, kita akan sambung," katanya.

Mohd Fuzi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan polis ke atas 1MDB.

"Yang itu saya tak boleh dedahkan, terlalu awal untuk saya ulas apa-apa," katanya.

LIHAT  VIDEO DI SINI




Demikianlah Artikel Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis

Sekianlah artikel Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/pulangkan-wang-pada-umno-ikut-undang.html

Subscribe to receive free email updates: