Judul : Robert Kuok pulang ke Malaysia minggu depan
link : Robert Kuok pulang ke Malaysia minggu depan
Robert Kuok pulang ke Malaysia minggu depan
Norman Goh
Hartawan terkemuka Robert Kuok dijangka tiba di negara ini minggu depan untuk menyertai Majlis Penasihat Kerajaan, kata jurucakap badan itu hari ini.
Bagaimanapun menurut Datuk A Kadir Jasin pihaknya belum mendapat maklumat mengenai tarikh sebenar kedatangan taikun berpangkalan di Hong Kong itu.
"Belilau bercadang untuk datang tetapi tidak begitu sihat dan sudah lanjut usia juga," katanya yang dilantik menjadi ketua unit Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan.
Bercakap kepada Malaysiakini Kadir berkata berdasarkan cara Kuok menyatakan rancangannya, dia akan tiba pada minggu depan.
"Tidak ada tarikh khusus dinyatakan," katanya.
Kuok dinamakan sebagai salah seorang anggota Majlis Penasihat Kerajaan dilantik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei lalu
Empat lagi anggota badan itu ialah bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican dan pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram.
Majlis itu setakat ini sudah mengumumkan penubuhan dua jawatankuasa bagi melakukan reformasi institusi kerajaan, serta 1MDB.
Demikianlah Artikel Robert Kuok pulang ke Malaysia minggu depan
Sekianlah artikel Robert Kuok pulang ke Malaysia minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Robert Kuok pulang ke Malaysia minggu depan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/robert-kuok-pulang-ke-malaysia-minggu.html