Judul : SAYA SEDIA LEPAS JAWATAN – ZAHIDI
link : SAYA SEDIA LEPAS JAWATAN – ZAHIDI
SAYA SEDIA LEPAS JAWATAN – ZAHIDI
Datuk Zahidi Zainul Abidin bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Bagaimanapun Ahli Parlimen Padang Besar itu akan melakukan sebaik sahaja perlantikan baharu jawatan itu menggantikan dirinya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
“Saya tunggu arahan selanjutnya untuk letak jawatan. Bukan saya seorang sebab semua lantikan politik kita tunggu masa untuk letak jawatan,” katanya ketika ditanya status jawatan beliau selepas pertukaran kerajaan.
Zahidi telah dilantik sebagai Pengerusi Risda pada September 2015. Badan itu bernaung bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
“Kami sekarang tidak ke pejabat, cuma kita terlibat program-program yang perlu sahaja. Kita tunggu lantikkan baru untuk serah tugas,” katanya dipetik daripada FMT, pada Sabtu.
Demikianlah Artikel SAYA SEDIA LEPAS JAWATAN – ZAHIDI
Sekianlah artikel SAYA SEDIA LEPAS JAWATAN – ZAHIDI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SAYA SEDIA LEPAS JAWATAN – ZAHIDI dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/saya-sedia-lepas-jawatan-zahidi.html