Judul : Shafie ingatkan Jeffrey: Jangan ke pejabat atau berdepan tindakan
link : Shafie ingatkan Jeffrey: Jangan ke pejabat atau berdepan tindakan
Shafie ingatkan Jeffrey: Jangan ke pejabat atau berdepan tindakan
Ketua menteri Sabah yang baru itu berkata, beberapa individu dilarang ke mana-mana pejabat kementerian negeri, kecuali dibenarkan kerajaan negeri.
Shafie Apdal sedia membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.
Katanya, beliau sudah memaklumkan setiausaha negeri, individu seperti Datuk Jeffrey Kitingan tidak dibenarkan ke pejabat kementerian.
“Jika mereka berkeras, saya akan ambil tindakan yang perlu,” katanya di pejabat ketua menteri hari ini.
Jeffrey yang dilantik sebagai timbalan ketua menteri serta menteri pertanian dan industri makanan di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, hari ini tiba di pejabatnya untuk melapor diri.
Beliau kemudiannya mengadakan mesyuarat dengan setiausaha tetap kementerian itu, Ahmad Ag Hashim dan semua kakitangan kementerian itu.
Jeffrey dilantik pada malam Khamis lalu oleh Musa yang mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada malam sama.
Bagaimanapun, Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah, mengangkat sumpah Sabtu lalu selepas mendapat 35 kerusi negeri, lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri, selepas 6 adun BN menyertai gabungan Warisan-Pakatan Harapan (PH).
Awal hari ini, pegawai Istana Negeri menghantar notis kepada Musa memaklumkan beliau bukan lagi ketua menteri.
Shafie berkata, beliau sedia membawa perubahan kepada pentadbiran negeri dan mengotakan janji yang dibuat Warisan-PH pada kempen pilihan raya.
“Saya gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana kita boleh berada di sini, hari ini.
“Kita perlu melaksanakan tugas, kurangkan bercakap. Saya akan membuat beberapa pengumuman dalam 100 hari berikutnya…ini harapan rakyat,” katanya sambil menambah kerajaannya memerlukan masa untuk melaksanakan janji itu dalam bentuk dasar.
Shafie berkata, beliau akan mengumumkan barisan Kabinet negeri tidak lama lagi dan menteri di negeri itu diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam perniagaan.
“Saya tidak mahu ada sebarang konflik kepentingan.”
Katanya, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk menyiasat pentadbiran sebelum ini.
“Tetapi, kita perlu mengikut undang-undang dalam perkara ini. Tidak boleh buat hanya berdasarkan khabar angin.”
Mengenai ahli Parlimen Warisan yang akan dicalonkan dalam Kabinet peringkat persekutuan, katanya, beliau akan menghantar senarai nama itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yakin Warisan akan mempunyai wakil dalam kerajaan persekutuan, manakala PKR dan DAP akan mendapat tempat dalam kerajaan Sabah.
Demikianlah Artikel Shafie ingatkan Jeffrey: Jangan ke pejabat atau berdepan tindakan
Sekianlah artikel Shafie ingatkan Jeffrey: Jangan ke pejabat atau berdepan tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shafie ingatkan Jeffrey: Jangan ke pejabat atau berdepan tindakan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/shafie-ingatkan-jeffrey-jangan-ke.html