Taikun: PH boleh menang Perak, jika…

Taikun: PH boleh menang Perak, jika… - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taikun: PH boleh menang Perak, jika…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taikun: PH boleh menang Perak, jika…
link : Taikun: PH boleh menang Perak, jika…

Baca juga


Taikun: PH boleh menang Perak, jika…

 
Pengasas IJM Corporation, Koon Yew Yin berkata, PH boleh merampas Perak daripada BN jika ia mampu mengekalkan sokongan pada PRU13 dan raih tambahan 5% undi.


Gambar menunjukkan banyak kerusi kosong dalam sebuah ceramah anjuran BN berhampiran sebuah masjid di Jalan Meru, Jelapang, Ipoh, semalam.


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) boleh merampas Perak daripada Barisan Nasional (BN), jika ia mampu mengekalkan sokongan pada 2013 dan 5% undi beralih kepada gabungan pembangkang itu pada 9 Mei ini, kata pengasas IJM Corporation dan Gamuda Bhd, Koon Yew Yin.

Ini kerana, kata taikun dan dermawan dari Perak itu, BN memenangi 31 kerusi daripada 59 kerusi negeri di Perak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), di mana majoriti undi di lebih 10 kerusi kurang daripada 1,000 undi.

“Ia hanya memerlukan 2 kerusi negeri lagi untuk membolehkan pembangkang merampas Perak daripada BN,” tulisnya dalam blonya hari ini.

Koon mendakwa berdasarkan gambar yang diambil dalam sebuah ceramah BN berhampiran sebuah masjid di Jalan Meru, Jelapang, Ipoh, semalam di mana hanya 10% daripada ratusan kerusi dipenuhi hadirin.

“Itu memberitahu kita keadan di Perak. Mari kita lihat sejarah dan trend terkini di Perak. Pertama, hakikat pada PRU sebelum ini, pembangkang memenangi 55.14% undi popular di Perak berbanding BN hanya mendapat 44% sokongan.

“Dalam erti kata lain, kerajaan negeri BN sekarang ialah kerajaan minoriti yang tidak mendapat sokongan majoriti pengundi di Perak.”

Bekas jurutera itu mendakwa data serta statistik semasa mengenai keadaan ekonomi, penghijrahan penduduk dan tahap kemiskinan di Perak menunjukkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, tidak cekap dan tidak bertanggungjawab.

“Laporan terkini Institut Penyelidikan Khazanah milik kerajaan menunjukkan Perak ialah negeri ke-2 termiskin selepas Kelantan.

“Statistik kerajaan menunjukkan pendapatan 2/3 penduduk di Perak kurang daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan isi rumah di negeri ini lebih rendah daripada pendapatan purata nasional.

“Lebih teruk apabila menurut Rancangan Malaysia ke-10, Perak kini mempunyai keluarga miskin paling ramai, dengan 122,000 keluarga berpendapatan kurang RM2,380 sebulan, iaitu 12.2% daripada rekod nasional.”

Pesara yang pernah menjadi ahli Lembaga Jurutera Malaysia itu berkata, keadaan sosio ekonomi yang teruk turut menyaksikan penghijrahan penduduk ke Lembah Klang, Pulau Pinang, Singapura dan negara lain.

“Pada 2016, seramai 9,800 orang meninggalkan Perak tanpa rancangan untuk pulang sekiranya tiada perubahan positif berlaku.”

Katanya, Perak juga menjadi bahan jenaka apabila Kementerian Kesihatan terpaksa membatalkan projek pembinaan hospital bernilai RM150 juta di atas tanah seluas 50 ekar kerana kos menimbus tanah bekas lombong itu terlalu mahal.



Demikianlah Artikel Taikun: PH boleh menang Perak, jika…

Sekianlah artikel Taikun: PH boleh menang Perak, jika… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taikun: PH boleh menang Perak, jika… dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/taikun-ph-boleh-menang-perak-jika.html

Subscribe to receive free email updates: