Judul : Tun M Semai Budaya Politik Sempit
link : Tun M Semai Budaya Politik Sempit
Tun M Semai Budaya Politik Sempit
Fuad ShahdanBerpolitik bukanlah bermakna kita boleh melakukan apa sahaja yang kita suka, bercakap tentang apa-apa perkara tanpa memikirkan perasaan orang lain atau berani menyatakan sesuatu hal tanpa menyelidiki fakta dan kebenaran.
Kempen politik sempena pilihan raya bukanlah jalan untuk kita melepaskan geram dan perasaan yang terkandung dalam hati.
Kempen politik ialah ruang untuk sesebuah organisasi politik itu menonjolkan kelebihan dan kekuatan sendiri di samping memberikan keyakinan kepada kelompok pengundi.
Namun begitu, pihak pembangkang lebih memikirkan populariti dan jalan singkat apabila selesa menggunakan pendekatan agresif dalam kempen-kempen politik yang dijalankan.
Malah apabila kita melakukan pemerhatian yang teliti, kita mendapati kebanyakan pemimpin pembangkang bercakap secara sesuka hati dan langsung gagal memelihara adab dan kesopanan dalam menggunakan perkataan-perkataan tertentu.
Terbaharu Tun M tanpa mempedulikan perasaan keluarga dan waris tragedi Memali sanggup mengeluarkan istilah mati katak, merujuk kepada 14 mangsa tragedi berkenaan yang terkorban semasa peristiwa berdarah tahun 1985 itu.
Sewajarnya Tun M tidak menyentuh mengenai perkara-perkara yang boleh mengundang rasa kurang senang rakyat, malah ia secara tidak langsung telah memberikan kesan emosi kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan.
Berpolitik ini ada batasnya dan sebagai seorang pemimpin lama, Tun M sewajarnya menunjukkan contoh yang baik termasuk dalam aspek tutur kata. Apa yang dilakukan Tun M ini sudah tentu memberikan gambaran buruk kepada pemimpin muda yang lain.
Budaya kempen dengan menyerang secara agresif termasuk menyentuh keperibadian dan hal-hal personal seseorang bukanlah satu tindakan yang bijak. Berkempen politik ialah ruang perdebatan berkaitan dasar pentadbiran dan bukan ada kaitan dengan penampilan fizikal seseorang.
Selain daripada menghina mangsa dan keluarga tragedi Memali, kita dapat melihat bagaimana dalam ceramah-ceramah pembangkang, khasnya Tun M, beliau menjadikan orang-orang yang tidak mempunyai kaitan sebagai sasaran. Misalnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menyerang peribadi dan keadaan fizikal seseorang menunjukkan betapa lemahnya keperibadian yang ada pada Tun M dan pemimpin pembangkang yang lain.
Rakyat kini boleh membuka mata seluas-luasnya dan lihat bagaimana Tun M dan pembangkang sedang mengajar kita untuk memeluk budaya politik sempit. Tindakan seperti ini tidak mencerminkan budaya Malaysia, malah ia merosakkan kekuatan masyarakat negara ini yang telah terbina sejak sekian lama. Rakyat Malaysia membenci budaya politik yang sedang dibawakan oleh Tun M ini.
Untuk itu, pembangkang sebenarnya telah meletakkan diri mereka di kedudukan yang tidak disukai rakyat, menyentuh dan menghina keperibadian seseorang akan hanya memakan diri sendiri dan menjadi punca utama kepada kekalahan pembangkang.
Demikianlah Artikel Tun M Semai Budaya Politik Sempit
Sekianlah artikel Tun M Semai Budaya Politik Sempit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M Semai Budaya Politik Sempit dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/tun-m-semai-budaya-politik-sempit.html