Judul : Warga emas meninggal dunia ketika tunggu giliran buang undi
link : Warga emas meninggal dunia ketika tunggu giliran buang undi
Warga emas meninggal dunia ketika tunggu giliran buang undi
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Seorang warga emas meninggal dunia ketika menunggu giliran mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata lelaki berusia 78 tahun itu dikatakan tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang beratur untuk mengundi di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Taman Petaling.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya yang memeriksa mangsa di lokasi, katanya ketika dihubunginya.
Menurutnya mangsa tiba di pusat pengundi itu bersama-sama keluarganya dari Petaling Jaya pada kira-kira 9.30 pagi.
“Keluarga mangsa turut memberitahu bahawa kematiannya mungkin berkaitan dengan penyakit yang dialami si mati seperti penyakit jantung, kencing manis dan masalah paru-paru,” katanya.
Demikianlah Artikel Warga emas meninggal dunia ketika tunggu giliran buang undi
Sekianlah artikel Warga emas meninggal dunia ketika tunggu giliran buang undi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warga emas meninggal dunia ketika tunggu giliran buang undi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/warga-emas-meninggal-dunia-ketika.html