Judul : Selamatkan Rohingya atau Selamatkan Bumi Malaysia?
link : Selamatkan Rohingya atau Selamatkan Bumi Malaysia?
Selamatkan Rohingya atau Selamatkan Bumi Malaysia?
Siapa etnik rohingya sebenarnya?. Mengapa muslim lain boleh hidup aman di myanmar, tetapi mereka dihalau
Rohingya. Saya mengetahui hanya sedikit mengenai etnik ini. Menjadi pengemis, menjual kerepek didepan bank, menjual kain atau tikar dari rumah ke rumah hinggalah meminta derma di RNR-RNR dalam kawasan lebuhraya utama. Beberapa hari ini saya terbaca beberapa isu mengenai Rohingya. Lalu saya tertarik dan mula menelaah asal usul atau sejarah lampau etnik tanpa negara ini.Maka sama-sama kita berkongsi. Jika ada kesilapan fakta, sama-sama kita betulkan.
MUKADIMAH
Keturunan sebenar etnik Rohingya adalah dari susur galur Bengali Chittagonian. Bengali Chittagon berasal dari sebuah daerah yang bernama Chittagong. Salah satu komponen daerah dari Pakistan Timur yang kini dikenali sebagai Bangladesh. Satu fakta yang tidak dapat mengubah status keturunan nenek moyang mereka.
Tidak pernah ada takrif istilah Rohingya dalam sejarah Burma, sejarah Rakhine (Arakan) dan dalam sejarah Bengal. Penjajah Inggeris memanggil mereka "Chittagonian" dan mereka bercakap seratus peratus dialek Chittagonian. Sekitar tahun 1874, pemerintah kolonial british Leftenan Gabenor Richard Temple (1874-1877) adalah individu yang bertanggungjawab membawa Chittagonian ke Burma untuk dijadikan petani dan buruh. Menjelang tahun 1920, penghijrahan Chittagonian ke Burma mencapai sekitar satu juta orang.
ASAL NAMA ROHINGYA
Etnik Rohingya hanya timbul sekitar tahun 1952, diciptakan atau diwujudkan sebagai gerakan yang berhala tuju politik. Pada bulan Jun 1951, Konvensyen Muslim Alaythenkyaw diadakan di mana umat Islam menyebut diri mereka sebagai "Muslim Rakhine". Tetapi orang-orang Buddha Rakhine memprotes penggunaan "Rakhine Muslim" bagi pendatang asing Bengali Chittagon ini. Mereka menegaskan bahawa tiada keturunan dan salasilah orang Islam di antara orang-orang Rakhine dan dalam etnik Rakhine. Lalu Chittagonians mencari kata atau nama lain yang serupa dengan Rakhine, sehingga mereka menamakan bangsa mereka sebagai "Rohingya".
Rohingya bermaksud orang-orang dari Rakhine atau orang-orang yang tinggal di Rakhine. Nama Rohingya dipilih kerana untuk menghilangkan keturunan sebenar Chittagonians dengan membuat nama etnik yang serupa dengan Rakhine, supaya mendapatkan status etnik orang Rakhine.
Etnik asal Rakhine beranggapan bahawa perkara ini sangat berbahaya bagi orang-orang Rakhine dan juga Myanmar. Mereka merasakan juga Itu adalah satu tindakan penipuan Chittagonians. Dalam artikel Akyab pewartaan, yang ditulis oleh Mr. R.B. Smart, seorang pesuruhjaya Inggeris, dapat diperhatikan bahawa Inggeris menghadapi kesulitan di mahkamah kehakiman kerana banyak orang Bengali Chittagon menggunakan pernyataan palsu di hadapan mahkamah kehakiman.
ETNIK ROHINGYA MODEN
Kini populasi Rohingya hanya tinggal beberapa juta dalam negara Myammar yang mempunyai keseluruhan populasi lebih kurang 52 juta, akibat dari penghijrahan beramai-ramai etnik ini ke serata dunia. Pemerintah Myanmar bertegas menyebut Rohingya sebagai “Bengali” dan masuk ke Myanmar secara gelap dari Bangladesh.
Etnik Rohingya tidak berhak mendapat kewarganegaraan berdasarkan Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar tahun 1982. Oleh itu hak-hak mereka untuk pendidikan, bekerja, berkunjung ke tempat-tempat lain, menikah, menjalankan agama mereka, dan akses layanan kesihatan sangat terbatas.
IMPLIKASI SERTA KESAN BAHAYA FAHAMAN DAN IDEOLOGI YANG DIBAWA
Melihat situasi semasa Malaysia. Malaysia kini mempunyai lebih 150,000 orang etnik ini di Malaysia. Angka itu akan bertambah dari hari ke hari berikutan Malaysia adalah antara negara yang terlalu berlembut dengan kemasukan etnik ini.
Imbas kembali pada 5 dan 7 Mei 2019, PDRM telah bertindak pantas menahan dua lelaki Rohingya bersama dua lagi suspek ditangkap dalam serbuan di Kuala Lumpur dan Terengganu kerana dipercayai merancang untuk mengebom kuil Hindu, Buddha, gereja dan tempat hiburan pada minggu pertama bulan puasa bagi umat Islam, yang bermula pada 6 Mei 2019.
Seorang suspek Rohingya yang ditahan berusia 20 tahun adalah pemegang kad suaka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian [UNHCR]. Paling memeranjatkan suspek ini mengakui telah memberi sokongan kepada Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) iaitu sebuah kumpulan pemberontak yang beroperasi di negeri Rakhine, Myanmar.
PDRM juga berjaya menghidu perancangan mereka untuk melancarkan serangan ke atas Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.
Di Myanmar, pemberontak ARSA terlibat dengan tragedi serangan maut di pos-pos polis dan tentera di negeri Rakhine pada Ogos 2017 yang menyebabkan pihak tentera melakukan tindakan keras sehingga lebih daripada 700,000 umat Islam Rohingya melarikan diri dan mencari perlindungan di negara jiran, Bangladesh.
Akhir penulisan, kontradiksinya, apa pendapat pembaca? Adakah etnik ini harus diberi muka? Melihat situasi semasa, NGO dan Persatuan mewakili etnik ini di Malaysia mula menunjukkan belang. Pada pendapat saya secara peribadi cukup-cukuplah! Ini masa kita jaga kita sahaja! Jangan buka lagi pintu rumah.
Memandangkan Bangladesh juga terpalit isu Rohingya ini memandangkan mereka yang paling rapat dari segi budaya, bahasa dan geografi, aku bertanya pada business associates di Bangladesh akan pendapat beliau tentang orang Rohingya.
Beliau beritahu memang sebelum perpecahan negara India menjadi Pakistan seterusnya Pakistan berpecah menjadi negara Bangladesh, memang orang Rohingya ini berasal dari tanah Bengal (Selatan Bangladesh) ke Myanmar, dibawa oleh orang2 British sebagai buruh mereka.
Lalu Myanmar mencapai kemerdekaan,mereka tak diiktiraf kewarganegaraannya.
Alasannya, kerana mereka mahu mengekalkan identiti mereka sebagai bangsa Rohingya dan tak mahu mengaku sebagai orang Benggali.
Maka dengan pelbagai tekanan dari kerajaan Myanmar maka jadilah mereka pelarian, antara yang paling ramai ialah di Bangladesh.
Oleh sebab ramainya bangsa ini di Bangladesh, mereka telah mendatangkan banyak masalah kepada kerajaan Bangladesh. Mereka mencari masalah dengan orang Bangladesh.
Lalu kerajaan Bangladesh menutup sempadan di Myanmar bagi mengelakkan lebih ramai orang Rohingya masuk.
Baru-baru ini, orang Rohingya telah mendatangkan masalah lebih besar kepada kerajaan Bangladesh.
Seperti yang kita tahu, di Bangladesh ini hampir 99% penduduknya beragama Islam, namun terdapat juga kelompok minoriti Buddha dan Hindu. Disebabkan dendam mereka pada orang Buddha, orang Rohingya telah bertindak membaaakar beberapa kuil Buddha di Bangladesh.
Ini menimbulkan ketegangan antara kerajaan Bangladesh dan Myanmar kerana Myanmar menuduh orang Bangladesh yang membakar kuil Buddha. Maka disebabkan perangai buruk mereka maka nama Bangladesh terpalit sedangkan masyarakat Islam Bangladesh hidup aman tenteram bersama masyarakat Buddha.
Banyak lagi masalah yang ditimbulkan oleh mereka yang menyebabkan bukan sahaja Myanmar, tapi Bangladesh juga tidak mahu mengiktiraf mereka walaupun mereka ini paling hampir dengan orang Bangladesh.
Bagi kita di Malaysia, memang kita simpati dengan nasib mereka yang dibuuunuh dan diseeeksa saban hari di Myanmar. Tapi harus kita tahu juga, sikap bangsa mereka ini sendiri yang menyebabkan mereka enggan diiktiraf oleh mana2 kerajaan sebagai rakyat.
Mereka suka mengganggu ketenteraman dan memberontak.
Sebagai negara yang bermurah hati mungkin kita boleh membantu dari segi kebajikan seperti menghantar bantuan makanan dan perubatan, namun untuk memberikan mereka tempat berteduh di tanah air kita, usahlah.
Kelak kita yang menyesal. Jika mereka berkelakuan baik dan berintegrasi dengan baik dengan masyarakat Buddha di Myanmar sudah pasti tak ada masalah untuk mereka diiktiraf.
Hanya satu sebab, BANGSA ROHINGYA TAK SEDAR DIRI.
Tulisan saya tentang isu Rohingya telah menjadi perdebatan hangat yang saya sendiri tak sangka. Ramai yang memberi respon negatif dengan memaki hamun saya tanpa memahami pokok pangkal isu.
ROHINGYA, CUKUP-CUKUPLAH BUAT KAMI MALAYSIA TERSEPIT!
Sebagai manusia biasa, sudah pasti sedikit sebanyak saya terkesan dengan hamburan caaci maaki yang dilemparkan, malah ada yang mempersoal akidah saya.
Ramai yang buat2 pandai mengeluarkan segala fakta untuk mengheentam saya. Soalnya, apakah idea kalian tentang solusi isu Rohingya ini? Seperti saya katakan, saya juga bersimpati dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara seagama saya.
Namun, adakah dengan sekadar menyatakan rasa simpati dan sedih dapat merungkai masalah yang menimpa mereka?
Namun saya bersyukur, masih ada yang memahami niat baik saya dan beberapa orang pensyarah, ahli agama, aktivis dan wartawan telah mengubungi saya dan memberi saya semangat untuk terus memberi pemahaman kepada masyarakat tentang isu ini dengan memberikan saya pelbagai maklumat dari sumber2 yang sahih.
Apa yang saya tuliskan ini adalah olahan saya hasil maklumat yang diberi beserta kefahaman saya sendiri, kalau ada fakta yang salah tolong betulkan kerana ini adalah forum terbuka.
Anda pasti tahu bahawa Myanmar adalah negara yang mengamalkan dasar asimilasi yang dipanggil Burmanization iaitu konsep satu bangsa satu bahasa, sama seperti di Indonesia dan Thailand.
Tak seperti negara kita yang mengamalkan konsep integrasi kaum yang lebih terbuka kepada perbezaan bangsa dan bahasa.
Masalahnya, kerajaan Myanmar berdegil untuk tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyat Myanmar kerana perbezaan budaya dan bahasa mereka dan keengganan mereka keluar dari kelompok mereka sendiri untuk menjadi sebahagian komuniti rakyat Myanmar.
Ada yang beritahu, kalau sekarang kerajaan Bangladesh telah gazetkan satu pulau tidak berpenduduk di wilayah Chittagong untuk tempatkan pelarian Rohingya, kenapa tidak Malaysia buat benda yang sama?
Tahu tak, Malaysia dah lama buat! Bagi yang rajin membelek sejarah, dah pasti anda tahu bahawa Malaysia satu masa dahulu amat terkenal sebagai negara yang amat ‘mesra pelarian’ sampai kita menyediakan sebuah pulau untuk 120,0000 pelarian Vietnam satu masa dahulu!
Hinggalah tercetusnya peristiwa Pulau Bidong yang hampir mengggugat kedaulatan negara kita dek sikap pelarian yang tak sedar dek untung!
Bagi yang tak tahu, InsyaAllah saya akan bongkarkan kisah Pulau Bidong ini dalam artikel akan datang.
Jadikan ia sebagai pengajaran agar pisang tak berbuah dua kali. Kalau kami buka tanah air kami ini untuk semua bangsa, apa ertinya nenek moyang kami berkorban mempertahankan tanah air kami dari penjajahan asing?
Kami juga pernah menjadi bangsa tertiindas dahulu, tapi adakah nenek moyang kami lari meninggalkan tanah air? Bangsa mana yang hulur bantuan pada kami ketika itu?
Sebab itulah kami, Malaysia menolak untuk menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967, sebab kami masih ingat peritnya nenek moyang kami berjuang membebaskan tanah air ini.
Berbalik soal Rohingya, saya tetap berpendirian isu ini hanya mampu diselesaikan melalui rundingan damai antara kerajaan Myanmar dan etnik Rohingya.
Satu pelan damai bersifat win-win situation mesti dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang. Jika perlu, mungkin Malaysia boleh jadi fasilitator kerana kita berpengalaman luas dalam menyelesaikan isu2 setempat seperti isu konflik masyarakat Islam di Timur Filipina dan Selatan Thailand.
Cukup2lah letakkan kita dalam keadaan tersepit dan serba salah antara kemanusiaan dan kedaulatan negara disebabkan isu Rohingya yang tak berkesudahan. Bangkitlah, bangkit Rohingya!
Apa pun, kami akan terus membantu kalian selagi diizinkan Allah dan doa kami agar kalian kuat menghadapi dugaan ini dan menjadi bangsa yang berjaya di dunia satu hari kelak.
InsyaAllah.
Demikianlah Artikel Selamatkan Rohingya atau Selamatkan Bumi Malaysia?
Sekianlah artikel Selamatkan Rohingya atau Selamatkan Bumi Malaysia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selamatkan Rohingya atau Selamatkan Bumi Malaysia? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2020/04/selamatkan-rohingya-atau-selamatkan_24.html