Judul : Belajar kesilapan, Bersih yakin ubah persepsi tahun lalu
link : Belajar kesilapan, Bersih yakin ubah persepsi tahun lalu
Belajar kesilapan, Bersih yakin ubah persepsi tahun lalu
Bersih 2.0 mengakui perhimpunan tahun lalu memberikan persepsi ia hanya disokong majoriti Cina, tetapi yakin perhimpunan akan datang akan mengubah tanggapan itu dengan penyertaan lebih ramai orang Melayu.
PETALING JAYA: Bersih 2.0 yakin perhimpunan yang akan diadakan pada 19 November nanti akan menarik lebih ramai peserta Melayu dan India, berbanding tahun lalu di mana majoriti peserta Cina menyebabkan beberapa pihak mempersoalkan penerimaan perjuangan Bersih.
Naib Pengerusi (Pantai Barat) Bersih 2.0, Jay Jay Dennis yakin tahun ini akan berbeza selepas melihat sendiri jelajah mempromosikan Bersih 5 di seluruh negara selama 5 minggu, di mana majoriti disertai orang Melayu.
“Dan saya rasa ia akan ditunjukkan pada himpunan 19 November.
“Kami nampak dari segi politik, orang Umno pun tak setuju dengan apa yang berlaku dalam Umno. Telah berlaku perluasan dalam parti Umno juga,” katanya kepada FMT.
Tahun lalu, himpunan 2 hari Bersih 4 mencetuskan perdebatan sama ada ia mewakili semua kaum di Malaysia.
Ini disebabkan majoriti peserta rata-rata merupakan kaum Cina, berbeza daripada perhimpunan Bersih sebelum itu.
Jay Jay berkata Bersih sudah mempelajari daripada kesilapan itu, dan mengambil keputusan menyebarkan mesejnya ke kawasan yang belum ditembusi.
“Sebab itu konvoi ini dijalankan supaya kami keluar dari zon selesa untuk ke tempat lain yang kami tak pernah pergi dulu, dan rakyat pun boleh nampak Bersih ini belajar daripada pengalaman kami tahun lepas dan buat cara baru tahun ini,” katanya.
Menurutnya, semakin ramai daripada masyarakat Melayu tidak bersetuju dengan Umno.
“Yang tak setuju dengan Umno ini akan turun pada perhimpunan Bersih 5 dan saya yakin kali ini kita akan nampak satu perhimpunan yang memang ketara secara representasi semua kaum akan turun untuk Bersih 5,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>
Demikianlah Artikel Belajar kesilapan, Bersih yakin ubah persepsi tahun lalu
Sekianlah artikel Belajar kesilapan, Bersih yakin ubah persepsi tahun lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Belajar kesilapan, Bersih yakin ubah persepsi tahun lalu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/belajar-kesilapan-bersih-yakin-ubah.html