Judul : BERSATU MAMPU GANTI TUGAS ANWAR
link : BERSATU MAMPU GANTI TUGAS ANWAR
BERSATU MAMPU GANTI TUGAS ANWAR
KEJAYAAN gabungan parti pembangkang menerusi Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas, PKR dan DAP pada PRU13 yang lalu, memberi dimensi baharu dalam perkembangan politik di negara ini.Ketiadaan Anwar dilihat memberi kesan besar kepada hubungan antara parti komponen PR termasuk konflik DAP dan Pas sehinggakan parti Islam itu mengambil keputusan keluar dari gabungan pembangkang.
Persoalan sekarang, siapakah tokoh yang wajar mengambil alih tempat Anwar bagi mengetuai pembangkang dalam PRU14.
Jika dilihat kedudukan rasmi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin paling wajar memimpin berdasarkan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang terajui Pakatan Harapan di Parlimen.
Namun Wan Azizah dilihat tidak berjaya mengembalikan kekuatan sebenar pembangkang seperti dalam PRU13.
Pembangkang akan kembali kuat jika kesemua parti bergabung termasuk Pas dan Bersatu.
Calon kedua, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.
Kejayaan Azmin mengekalkan pemimpin Pas dalam Kerajaan Selangor dilihat mampu menjadi penghubung di antara Pakatan Harapan dan Pas.
Calon ketiga, pemimpin dari parti Bersatu iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
Kenyataan terbaru Muhyiddin yang mengalu-alukan pertemuan bersama Pas dan Pakatan Harapan, dilihat boleh menjadi titik permulaan sebagai satu langkah menyatukan kembali kesemua parti pembangkang.
Muhyiddin berkata, pertemuan itu permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
“Berita baik pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk adakan perbincangan dengan kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi kami, itu satu langkah ke hadapan.
“Kedua, Pakatan Harapan sudah memberi jemputan untuk kami hadir dalam satu mesyuarat antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh terdekat. Dari situ, kita boleh mengorak langkah bagi bentuk kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan,” katanya selepas mesyuarat pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu, Bersatu akan memulakan proses rundingan kerusi-kerusi boleh ditandingi pada PRU14.
Read More / Baca Lagi >>
Demikianlah Artikel BERSATU MAMPU GANTI TUGAS ANWAR
Sekianlah artikel BERSATU MAMPU GANTI TUGAS ANWAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BERSATU MAMPU GANTI TUGAS ANWAR dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/bersatu-mampu-ganti-tugas-anwar.html