Judul : Daulat Tuanku, kata Jamal selepas TMJ ‘tembak’ baju merah
link : Daulat Tuanku, kata Jamal selepas TMJ ‘tembak’ baju merah
Daulat Tuanku, kata Jamal selepas TMJ ‘tembak’ baju merah
Pemimpin Baju Merah itu berkata ia hanya gurauan putera mahkota Johor itu.
PETALING JAYA: Datuk Jamal Yunos mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) selepas sebuah video parodi menunjukkan putera Johor itu seolah-olah melepas tembakan ke arah sekumpulan berbaju merah yang membuat pertunjukan silat.
Video yang dimuat naik Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dipercayai respon terhadap gerakan Baju Merah pimpinan Jamal, yang Sabtul lalu hadir bersama lebih 500 penyokong siap dengan demonstrasi silat di luar pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.
Jamal dalam reaksinya bagaimanapun tampak teruja dengan posting TMJ itu, dan berkata putera Johor itu hanya bergurau.
“Daulat Tuanku. Hidup TMJ. Yang buruk datangnya daripada Bersih 1 Bersih 2 Bersih 3 Bersih 4 dan Bersih 5, yang baik daripada Allah. Merah merah merah. Lawan tetap lawan, hidup merah. Tidak ada kuning, tidak ada merah,” kata ketua Umno Sungai Besar itu yang rancak dalam serangannya ke atas Berish 2.0 menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada November 19.
Katanya, sebagai seorang raja sudah sudah pasti akan bergurau dengan rakyat, sambil menyifatkan TMJ “berjiwa rakyat”.
Dalam video parodi itu, 7 lelaki bertopeng meniru aksi silat seperti Baju Merah dalam protes mereka. Ia diikuti TMJ memegang sepucuk pistol sebelum melepaskan 7 das tembakan.
Read More / Baca Lagi >>
Demikianlah Artikel Daulat Tuanku, kata Jamal selepas TMJ ‘tembak’ baju merah
Sekianlah artikel Daulat Tuanku, kata Jamal selepas TMJ ‘tembak’ baju merah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Daulat Tuanku, kata Jamal selepas TMJ ‘tembak’ baju merah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/daulat-tuanku-kata-jamal-selepas-tmj.html