Judul : Buat Apa Pergi Bersih, Najib Tetap PM Juga, Rosmah tetap Naik Jet Juga
link : Buat Apa Pergi Bersih, Najib Tetap PM Juga, Rosmah tetap Naik Jet Juga
Buat Apa Pergi Bersih, Najib Tetap PM Juga, Rosmah tetap Naik Jet Juga
Setiap kali menjelang perhimpunan BERSIH, persoalan seperti “Apa yang saya dapat jika turun perhimpunan BERSIH?” akan ditanya oleh sebilangan rakyat Malaysia termasuk puak penyokong setia Najib dan Umno.
Ada puak umno dan penyokong setia Najib sering berkata “Hari ini turun BERSIH, esok Najib tetap perdana menteri, Rosmah tetap jadi First Lady”. Mereka menganggap tiada sebarang perubahan akan berlaku selepas perhimpunan Bersih.
Ini antara kenyataan yang biasa kita dengar. Benar, hari ini pergi demonstrasi, esok kerajaan UMNO/BN masih mentadbir Malaysia. Hari ini pergi demonstrasi, esok harga minyak masih tidak turun. Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok harga tol akan tetap naik.
Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok harga minyak masak tetap tidak akan turun.
Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok subsidi tetap ditarik balik
Pernahkah kita berfikir bahawa proses pendemokrasian atau perubahan sesebuah negara itu jarang berlaku secara drastik memerlukan masa.
Sebaliknya, ia memerlukan rantaian usaha, pengorbanan dan masa dalam memastikan agenda perubahan mampu digerakkan.
Jika pada perhimpunan BERSIH1 hingga BERSIH4 tidak ada Tun Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, tidak ada Tan Sri Muhyiddin Yassin mantan Timbalan perdana menteri dan bekas Timbalan Presiden umno, tidak Dato' Hamidah Osman bekas ketua penerangan wanita umno Malaysia, Tidak ada bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Tan Sri Abdul Rashid dan kini semuanya sudah berada dalam barisan Bersih 5.
Pengetahuan tentang hak-hak rakyat
Celik sivik rakyat Malaysia dalam memahami Perlembagaan Persekutuan mengenai Perkara 10(1)(b) yang menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Pihak keselamatan perlu mengambl langkah-langkah untu menjaga peserta perhimpunan.
Jika sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita semua mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak setuju kepada kerajaan melalui perhimpunan aman di jalan raya.
“Kita kalau nak lawan sesuatu tentulah ada rintangan, halangan. Kita mesti sanggup untuk menghadapi halangan dan mengatasi halangan itu.
“Kalau kita nak berjuang cuma bila keadaan cukup bersih, cukup elok, jalan luas dengan ditabur bunga, itu bukan perjuangan. Kerana hasilnya adalah kebaikan bagi diri kita”.
Peratus keluar mengundi semakin meningkat
Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13, sebanyak 13,268,002 pemilih yang berdaftar. Mereka terdiri daripada pengundi biasa sebanyak 12,885,434 orang, pengundi pos sebanyak 146,742 orang dan pengundi awal sebanyak 235,826 orang.
Pada tahun 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa dalam PRU13 sebanyak 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar telah keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula terdapat 505 kerusi, sebanyak 9,742,254 orang atau 85.82 peratus yang telah keluar mengundi.
Jika dibandingkan dengan jumlah pemilih yang keluar mengundi pada PRU12, terdapat peningkatan sebanyak 30.44 peratus iaitu dari 54.40 peratus pada PRU13 kepada 84.84 peratus pada PRU berikutnya.
Jumlah pemilih berdaftar pada PRU12 adalah sebanyak 10,922,139 dan jumlah pemilih yang keluar mengundi pula adalah 8,161,039.
PRU13 sebenarnya telah mencatatkan peratusan keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan perincian antara PRU12 dan PRU13 dapat dilihat seperti berikut:
Statistik Kemenangan Parlimen PRU12
Statistik Kemenangan Parlimen PRU13
Sebelum PRU12 Perdana Menteri ketika itu Tun Ahmad Badawi diasak teruk oleh Tun Mahathir kerana kelekannya dalam mentadbir negara dengan membiarkan negara ditadbir oleh menantunya YB Khairy Jamaluddin. Hasilnya, kemenangan BN cemerlang pada PRU 11 jatuh teruk sehingga BN hanya mendapat 140 kerusi parlimen sahaja.
Rekod kemerosotan BN terus diterajui oleh Najib dengan kes pembunuhan Altantuya dan kenaikan harga minyak yang keterlaluan lalu keputusan PRU13 menyaksikan BN hanya mendapat 133 kerusi parlimen.
Masih ingat ketika berlakunya tindakan agresif daripada pihak polis yang memukul, menembak gas pemedih mata dan menyembur air kepada para demonstran.
Kita telah menunjukkan kesepaduan jiwa dengan membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
Ada antara kita yang bantu membasuhkan muka dengan garam dan air serta memapah mereka yang cedera mendapatkan bantuan perubatan.
Dan perkara yang lebih penting adalah kita berjaya membuktikan yang kita mampu untuk berkumpul secara aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.
Ini menunjukkan terdapatnya rakyat Malaysia yang benar-benar ingin melihat sebuah negara merdeka ini meningkat dewasa dengan matang dan menghormati antara satu sama lain.
Suka untuk saya kongsikan, jika ditanya tentang pengalaman menyambut hari kemerdekaan negara yang paling menyeronokkan dan menyentuh perasaan, secara peribadi adalah sewaktu menyanyikan lagu Negaraku bersama ratusan ribu rakyat Malaysia pada malam terakhir BERSIH4.
Penting untuk diingatkan, beberapa tahun kebelakangan ini, negara kita telah digemparkan dengan pelbagai isu yang melibatkan perkauman dan ekstremisme agama, kleptokrasi, nepotisme, rasuah, salah guna kuasa, kematian dalam tahanan dan banyak lagi memberi kesan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.
Terbaru, anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad pula ditahan reman hanya kerana mengkritik kerajaan Sabah dengan membongkar isu rasuah RM114.5 juta yang membabitkan seorang pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah.
Juga isu-isu seperti NFC, 1MDB, Rizab Tabung Haji, penjualan tanah rizab Melayu secara berleluasa oleh pemimpin umno dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang berkait dengan integriti dan ketelusan pentadbiran negara ini menuntut agar rakyat Malaysia terus berani melawan kekejaman rejim pemerintah.
Untuk semua rakyat Malaysia, percayalah bahawa apabila kita membantah kebimbangan ini bersama-sama, kita akan menyedari bahawa kita sebenarnya berkongsi keresahan yang sama.
Ketepikan sengketa dan perbezaan, mari kita bersama-sama menjadi penggerak kepada pendemokrasian yang lebih baik di negara ini. Ayuh, satukan tenaga demi Malaysia yang baru!
Demikianlah Artikel Buat Apa Pergi Bersih, Najib Tetap PM Juga, Rosmah tetap Naik Jet Juga
Sekianlah artikel Buat Apa Pergi Bersih, Najib Tetap PM Juga, Rosmah tetap Naik Jet Juga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Buat Apa Pergi Bersih, Najib Tetap PM Juga, Rosmah tetap Naik Jet Juga dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/buat-apa-pergi-bersih-najib-tetap-pm.html