Judul : PERKASA tak musuhi kaum Cina, hanya benci DAP
link : PERKASA tak musuhi kaum Cina, hanya benci DAP
PERKASA tak musuhi kaum Cina, hanya benci DAP
Anne MuhammadPresiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menegaskan bahawa NGO itu tidak memusuhi kaum Cina sebaliknya hanya menentang DAP kerana sikap parti itu yang cauvanis.
“Saya perlu tegaskan di sini, anti-DAP bukannya anti-Cina. Saya tentang DAP bukan kerana DAP dipimpin oleh keturunan Cina. Saya menentang DAP kerana sikap, pendirian dan kerenah DAP yang cauvanis.
“Saya harap Malaysia faham dan jelas akan hal ini. Saya hormati keturunan Cina kerana mereka ralyat Malaysia yang sah, kerana mereka memiliki hak-hak yang sah dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya tidak pernah anti-Cina,” tegas Ibrahim dalam ucapan dasarnya ketika Persidangan Agung Tahunan Ke-7 PERKASA 2016 di Stadium Mini Titiwangsa, hari ini.
Malah bekas ahli parlimen Pasir Mas yang lantang bersuara mengenai hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera itu berkata, beliau mempunyai rakan kongsi perniagaan yang berketurunan Cina.
“Sejak beberapa tahun lamanya, rakan kongsi perniagaan saya pun berketurunan Cina. Dengan ini kaum Cina harus sedar, permainan politik DAP menjadi penghalang kepada proses perpaduan nasional Malaysia yang majmuk,” katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata, antara sebab lain pihaknya menolak DAP kerana parti itu menentang usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 (RUU355).
Katanya, dengan tindakan DAP itu menunjukkan seolah-olah memberi gambaran DAP berhak menentukan perjalanan hal ehwal orang Islam di negara ini.
“Saya tentang DAP habis-habisan misalnya bangkangan DAP dan senada dengannya kepada RUU355 memberikan gambaran seolah-olah DAP berhak menentukan perjalanan hal ehwal orang Islam di Malaysia.
“Tapi, bila ada keturunan Cina mempersoalkan azan yang kuat di masjid atau surau, umat Islam membuat laporan polis mengenainya DAP dan senada dengannya hanya berpeluk tubuh dan diam seribu bahasa,” katanya.
Demikianlah Artikel PERKASA tak musuhi kaum Cina, hanya benci DAP
Sekianlah artikel PERKASA tak musuhi kaum Cina, hanya benci DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PERKASA tak musuhi kaum Cina, hanya benci DAP dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/11/perkasa-tak-musuhi-kaum-cina-hanya.html