97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini

97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini
link : 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini

Baca juga


97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini

MALAYSIAKINI



Sebanyak 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkodkan pada 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di Putrajaya hari ini.

Sabitan kes berkenaan terdiri daripada 76 sabitan kes pemerdagangan orang, sembilan sabitan di bawah kes penyeludupan migran termasuk kes di Wang Kelian dan 12 sabitan kes di bawah Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan akta lain yang berkaitan, katanya.

"Kejayaan ini hasil kerjasama erat dan komitmen berterusan ahli MAPO terutama melibatkan timbalan-timbalan pendakwa raya, pegawai penguatkuasa dan pegawai pelindung kepada mangsa pemerdagangan orang," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat berkenaan.

Ahmad Zahid turut memaklumkan sehingga November tahun ini, 16 mangsa pemerdagangan orang diberikan kebenaran untuk bergerak bebas oleh MAPO.

Peraturan-Peraturan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Kebenaran untuk Bergerak Bebas dan untuk Bekerja) (Warganegara Asing) 2016 mula dikuatkuasakan pada 4 Mei 2016.

Kerajaan juga bersetuju dengan cadangan penubuhan Pasukan Petugas Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan kerjasama organisasi antarabangsa iaitu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mulai 2017 bagi memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan ATIPSOM 2007, katanya. -Bernama




Demikianlah Artikel 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini

Sekianlah artikel 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkod tahun ini dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/97-sabitan-kes-pemerdagangan-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :