Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14

Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14
link : Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14

Baca juga


Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14

ARIF ATAN
 
 
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu bersedia menerima Orang Asli sebagai calon pilihan raya bukan saja di Kelantan bahkan di seluruh negara.Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu bersedia menerima Orang Asli sebagai calon pilihan raya bukan saja di Kelantan bahkan di seluruh negara.


Amanah sedia calonkan Orang Asli untuk PRU14 Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan kesediaan mencalonkan Orang Asli pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, Orang Asli mempunyai pemimpin yang berketrampilan untuk memperjuangkan hak masyarakat itu secara lebih berkesan. "Parti Amanah bersedia menerima Orang Asli sebagai calon pilihan raya bukan saja di Kelantan bahkan di seluruh negara.

"Ramai Orang Asli yang berpotensi yang tidak diketengahkan sebelum ini," ujarnya ketika menyampaikan pidato dalam konvensyen sulung parti tersebut di Shah Alam hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menekankan tentang pentingnya prinsip kerjasama antara parti dalam Pakatan Harapan yang tidak terhenti pada pilihan raya sahaja.

"Kita mahu Pakatan Harapan bekerjasama sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. "Jangan selepas pilihan raya, bekerjasama dengan pihak lain. Tidak. Tidak," tegasnya.

Mohamad juga mengucapkan penghargaan terhadap perjuangan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang dikenakan hukuman di bawah Sosma. "Amanah menyokong semua tuntutan Bersih. Sosma janji mulanya untuk pengganas rupanya ketua pengganas, Maria Chin.

"Dulu sama juga ISA, tangkap komunis tapi yang kena tangkap saya," ujarnya dengan nada berseloroh kepada Dr Mahathir yang turut hadir pagi ini.

Mengulas lanjut, Mohamad menyifatkan tiada kawan atau musuh yang kekal dalam politik.

"Mana nak sangka Tun Mahathir boleh bersama kita pada hari ini. Mana nak sangka orang yang disanjung berada di sebelah sana. "Sekarang (Pas) dengan suami lain. Cemburu saya," katanya sekali lagi berseloroh dipercayai merujuk kepada Pas.

Selain Tun Mahathir, tetamu khas konvensyen sulung Amanah pagi ini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PRK Nurul Izzah.

Turut hadir Datuk Husam Musa, Rafizi Ramli, Datuk Kamarudin Jaafar , Nik Nazmi Nik Ahmad , Datuk Zaid Ibrahim dan Xavier.



Demikianlah Artikel Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14

Sekianlah artikel Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/amanah-sedia-calonkan-orang-asli-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :