Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman

Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman
link : Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman

Baca juga


Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman

BERNAMA
 
 
Prof Dr Mohd Asri Zainul AbidinProf Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu pemimpin Islam bersatu agar mampu bertindak menentang kezaliman dan bukan sekadar melaungkan kata-kata mengutuk perbuatan tersebut.

Katanya laungan yang mengecam kekejaman itu tidak memberi kesan kepada mereka yang melakukan kezaliman sebaliknya mereka akan terus bertindak menzalimi umat Islam hingga menyebabkan umat Islam terus hidup menderita.

"Islam merupakan agama terbesar di dunia dan tidak seharusnya dibiarkan dalam kalangan umat Islam tersebut terus hidup ditindas oleh penganut agama lain.

"Malangnya, keadaan ini terus berlaku. Ramai umat Islam hidup menderita malah tidak kurang juga yang menjadi mangsa pembunuhan akibat kedudukan umat Islam sendiri tidak kukuh disebabkan sering berbalah sesama sendiri," katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Alwi hari ini.

Mohd Asri berkata lebih menyedihkan apabila umat Islam bukan sahaja berbalah sesama mereka kerana kepentingan diri, malah ada kalangan orang Islam sendiri yang membela mereka melakukan kemungkaran dan kezaliman.

Katanya, umat Islam adalah sebaik-baik umat di dunia ini, tetapi sayangnya mereka tidak mempamerkan sifat umat terunggul kerana tidak mampu mencegah kemungkaran dan kezaliman.

Beliau menegaskan pegangan Islam mencegah kemungkaran bukan sahaja menentang kezaliman terhadap umat Islam tetapi juga menentang kezaliman ke atas semua umat manusia termasuk yang bukan beragama Islam.

"Saya yakin jika seluruh pemimpin Islam di dunia ini bersatu menentang kezaliman sudah pasti dapat membela nasib umat Islam yang sedang dizalimi di Myanmar, Syria, Iraq dan negara-negara Islam lain," katanya.



Demikianlah Artikel Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman

Sekianlah artikel Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/pemimpin-islam-perlu-bersatu-tentang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :