Jumlah pelaburan Malaysia merosot

Jumlah pelaburan Malaysia merosot - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jumlah pelaburan Malaysia merosot, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumlah pelaburan Malaysia merosot
link : Jumlah pelaburan Malaysia merosot

Baca juga


Jumlah pelaburan Malaysia merosot

MALAYSIA GAZETTE
 



Malaysia mencatatkan keseluruhan pelaburan sebanyak RM150.8 bilion bagi sektor pengilangan, perkhidmatan dan utama bagi sembilan bulan pertama tahun 2016.

Walaupun nombor pada projek-projek menurun sebanyak 3.7 peratus daripada RM156.6 bilion pada tempoh sama tahun lalu, ia berjaya membuka 117,550 peluang pekerjaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan berkata, prestasi pelaburan keseluruhan pada sepanjang tahun 2016 akan kekal di sebalik persekitaran global yang mencabar.

Katanya, pelaburan domestik mewakili 74.8 peratus daripada keseluruhan pelaburan atau berjumlah RM112.8 bilion sementara bakinya adalah pelaburan asing.

“Sektor perkhidmatan menarik jumlah terbesar pelaburan yang diluluskan dengan menyumbang sebanyak 71.9 peratus atau RM108.4 bilion diikuti sektor pengilangan dengan pelaburan sebanyak RM40.7 bilion atau 27 peratus dan sektor utama pula mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM1.7 bilion atau 1.1 peratus,” katanya.

Tambah Mustapa, bagi tempoh Januari sehingga September 2016, nilai pelaburan bagi sektor perkhidmatan meningkat 26.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, projek-projek yang ada dijangka mampu mencipta 69,660 pekerjaan yang mana lebih 95 peratus adalah dalam bidang agihan perdagangan, syarikat berstatus Koridor Super Multimedia, perhotelan dan pelancongan, pendidikan dan global.

Prestasi pelaburan pada 2017 akan menjadi cermin kepada kepercayaan pelabur untuk terus menjadikan Malaysia sebagai sebuah lokasi strategik bagi pelaburan mereka, kata Mustapa.

“Misi-misi perdagangan dan pelaburan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini ke Jerman, China dan Jepun menunjukkan indikasi positif daripada komuniti perniagaan untuk melabur dalam pelbagai projek pengilangan dan perkhidmatan di Malaysia,” katanya lagi.- MalaysiaGazette




Demikianlah Artikel Jumlah pelaburan Malaysia merosot

Sekianlah artikel Jumlah pelaburan Malaysia merosot kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jumlah pelaburan Malaysia merosot dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/jumlah-pelaburan-malaysia-merosot.html

Subscribe to receive free email updates: