Judul : Perlis lulus pindaan enakmen Islam berkaitan kanak-kanak
link : Perlis lulus pindaan enakmen Islam berkaitan kanak-kanak
Perlis lulus pindaan enakmen Islam berkaitan kanak-kanak
ANTARAPOS.COMKANGAR: DUN Perlis malam tadi meluluskan pindaan undang-undang syariah bagi membolehkan anak berusia dibawah 18 tahun memeluk Islam dengan persetujuan samada ibu atau bapa.
DUN Perlis juga meluluskan pindaan dibawah Enakmen Pentadbiran Islam 2006 yang memberikan kerajaan negeri kebebasan untuk menerima atau menolak sebarang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Seksyen 117 dibawah enakmen itu, yang membawa maksud kebenaran ibu dan bapa atau penjaga diperlukan untuk anak dibawah 18 tahun memeluk agama Islam dipinda kepada samada ibu atau bapa atau penjaga untuk tujuan berkenaan.
Kesemua 12 ADUN Umno dan satu daripada PAS, meluluskan pindaan-pindaan berkenaan.
ADUN Titi Tinggi Khaw Hock Kong daripada MCA membantah pindaan berkenaan dan terus keluar daripada dewan manakala ADUN Indera Kayangan Chan Ming Kai daripada PKR menolak usul berkenaan.
Khaw yang juga timbalan speaker berkata beliau tidak bersetuju dengan usul membenarkan seorang dibawah umur memeluk agama Islam dengan hanya mendapat persetujuan ibu atau bapa.
Beliau berkata kedua-dua ibu bapa harus wajib memberikan persetujuan sebelum anak dibawah umur mereka dibenarkan menukar agama.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, pindaan itu selari dengan perlembagaan yang menyatakan agama seseorang bawah umur 18 tahun ditetapkan samada oleh ibu atau bapa atau penjaga anak berkenaan.
Demikianlah Artikel Perlis lulus pindaan enakmen Islam berkaitan kanak-kanak
Sekianlah artikel Perlis lulus pindaan enakmen Islam berkaitan kanak-kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perlis lulus pindaan enakmen Islam berkaitan kanak-kanak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2016/12/perlis-lulus-pindaan-enakmen-islam.html