Judul : APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA?
link : APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA?
APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA?
APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA?
Setiap hari ada saja tangkapan berkaitan rasuah berlaku di negara kita dengan jumlah wang tunai, barang kemas, beg tangan atau simpanan di bank yang dirampas agak memeranjatkan kita semua.
Tetapi, daripada tangkapan melibatkan pegawai rendah sehinggalah kepada seorang Ketua Setiausaha baru-baru ini, malangnya kita masih belum mendengar ulasan Najib Razak selaku Perdana Menteri dan ketua negara mengenainya.
Ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan SPRM, Najib sebaliknya lebih teruja memperkatakan mengenai Leo, kucing baru yang dimilikinya.
Di Thailand, negara tetangga kita, mereka kini sedang dalam proses menguatkuasakan hukuman mati bagi penjawat awam yang didapati bersalah kerana rasuah.
Cadangan yang dijangka akan diputuskan esok itu adalah sebagai langkah mengekang gejala rasuah di kalangan penjawat awam yang semakin membimbangkan.
Di negara kita, melihat kepada trend tangkapan demi tangkapan melibatkan penjawat awam kebelakangan ini, termasuk yang tidak didakwa, tetapi menjadi perbualan umum mengenai kesahihannya, rasanya ramai yang mulai bersetuju agar hukuman lebih berat sehingga dihukum mati, sepatutnya turut dijatuhkan bagi kesalahan rasuah berat.
Hukuman denda dan penjara jelas tidak lagi menakutkan bagi pelaku rasuah yang semakin tamak dan haloba. Untuk itu, negara kita juga seharusnya melangkah ke arah hukuman mati sebagai pengubat kepada rasuah yang boleh menghancurkan negara itu.
Apa kata jika Najib yang selama ini hanya berdiam diri mengenai rasuah, menjadi yang pertama menyokong langkah Thailand itu sambil menimbang untuk melaksanakannya juga di negara kita?
Demikianlah Artikel APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA?
Sekianlah artikel APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/apa-kata-jika-najib-yang-pertama.html