Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP

Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP
link : Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP

Baca juga


Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP

MALAYSIAKINI



Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Samad digesa membatalkan pembelian kontroversi Eagle High Plantation (EHP) Indonesia, kata pemuda PKR (AMK).

"AMK berpendapat Shahrir sebagai pengerusi Felda baru yang tidak terbeban dengan salahlaku dan silap pengurusan dulu wajar memberhentikan pembelian EHP yang jelas sudah terpesong daripada matlamat asal Felda untuk membela nasib rakyat dan peneroka.

"Batalkan pembelian tersebut segera untuk membuktikan Shahrir tidak gadaikan Felda dan bukan di bawah tunggangan mana-mana pihak berkepentingan," kata Ketua Penerangannya, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan.

Lee juga menggesa Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mempertimbangkan hutang sebanyak RM6.1 bilion yang ditanggung Felda pada 2014, dan baki tunai yang hanya berjumlah RM685 juta.

"Satu-satu jalan (bagi pembelian itu) adalah dengan melalui pinjaman yang mana sudah pasti akan memudaratkan keadaan kewangan Felda," kata Adun Semambu itu.

Pengambilalihan EHP menyebabkan kontroversi kerana meskipun mengusai 37 peratus pegangan, Felda tidak mempunyai kawalan langsung terhadap syarikat itu.

Harga sesaham juga adalah lebih dua kali ganda daripada nilai saham di pasaran terbuka, menyebabkan Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak turut mempersoalkan kewajaran pembelian berkenaan.

Felda bagaimanapun mempertahankan pembelian EHP dengan alasan untuk menembusi pasaran domestik Indonesia yang memiliki 260 juta penduduk.




Demikianlah Artikel Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP

Sekianlah artikel Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ujian pertama pengerusi baru Felda - batalkan pembelian EHP dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/ujian-pertama-pengerusi-baru-felda.html

Subscribe to receive free email updates: