Judul : BERJASA tidak tanding di kerusi Umno demi Melayu
link : BERJASA tidak tanding di kerusi Umno demi Melayu
BERJASA tidak tanding di kerusi Umno demi Melayu
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) mengambil pendirian untuk tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan presidennya, Datuk Hasyim Karim berkata dasar terbabit merupakan sebahagian daripada usaha untuk meneruskan kelangsungan dominasi kaum Melayu dalam politik.
"Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berundur.
"Kita mahu pastikan dalam Parlimen, Melayu-Islam yang kawal," katanya dipetik The Malay Mail Online.
BERJASA adalah salah satu parti komponen dalam blok ketiga yang diketuai PAS, iaitu Gagasan Sejahtera (GAGASAN).
Parti itu menyertai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) membentuk GAGASAN pada September tahun lalu, sebagai persediaan untuk berdepan PRU14.
Hasyim bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada keputusan tersebut merupakan keputusan rasmi GAGASAN.
BERJASA adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1977.
Parti itu pernah bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu bagi Parlimen dan DUN dalam pilihan raya umum sebelum ini, tetapi tewas di semua kawasan yang ditandingi.
Demikianlah Artikel BERJASA tidak tanding di kerusi Umno demi Melayu
Sekianlah artikel BERJASA tidak tanding di kerusi Umno demi Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BERJASA tidak tanding di kerusi Umno demi Melayu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/berjasa-tidak-tanding-di-kerusi-umno.html