Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM

Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM
link : Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM

Baca juga


Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pembangkang akan menggunakan apa sahaja kesempatan demi kepentingan mereka, demikian menurut Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr. Raduan Che Rose.
 
Beliau berkata demikian mengulas cadangan DAP yang mahu bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin diangkat sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Bagaimanapun Raduan berpandangan trend menggunakan 'populariti' individu tidak akan bertahan lama. 
 
"Itu memang strategi pembangkang. Mereka lihat apa sahaja yang boleh beri kelebihan kepada mereka, mereka akan guna, sama ada mereka yang pernah bekerja dalam kerajaan atau belot kepada kerajaan. 
 
"Pada mereka itu sebagai publisiti atau kelebihan. Namun ia tak berpanjangan. Kerana akhirnya bagaimana (cara) hendak yakinkan pengundi. 
 
"Sentimen saja tak boleh memenangkan orang. Politik adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat. Tujuan (menggunakan seseorang) kempen dan publisiti boleh, namun akhirnya orang ramai mengundi kepada sesiapa yang boleh beri perkhidmatan, menjaga kebajikan pengundi," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Mengulas lebih lanjut Raduan berkata, tidak mudah untuk pembangkang mengambil 'orang luar' sebagai calon untuk diketengahkan dalam pilihan raya.
 
Apatah lagi katanya, dalam kemelut yang melanda parti-parti pembangkang sejak akhir-akhir ini yang menyaksikan mereka bertelagah dalam isu pembahagian kerusi, terutama yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan PAS.
 
"Tak semudah itu sebab tiap-tiap kerusi yang dah ada yang menunggu untuk bertanding. Sedangkan antara parti-parti dalam pembangkang pun belum tentu lagi dapat persetujuan hendak bertanding di kerusi mana. Ini kan pula hendak bawa calon-calon baru. Saya rasa ini gimik politik sahaja," ujarnya.
 
Terdahulu seoarang pemimpin DAP, Abdul Aziz Bari menyebut cadangan itu diusulkan selepas Bahri tidak berpuas hati dengan siasatan SRC International, sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Bahri kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara lebih awal selepas mendakwa kecewa dengan keengganan jabatan peguam negara untuk meneruskan siasatan terhadap SRC International.
 
Senada dengan Raduan adalah penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani yang berpendapat isu peletakan jawatan Bahri cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang.
 
"Itu haknya hendak bersuara tentang isu ini. Cuma nampak tindakan Bahri dipolitikkan oleh parti-parti politik. (Diangkat sebagai calon) Terpulanglah, itu hak mereka," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Namun pensyarah kanan di pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) berpandangan mana-mana calon yang akan diangkat pada PRU14 nanti bukan sekadar untuk bertanding semata-mata.
 
"Terpulang kepada beliau hendak jadi calon, sama ada rasa tidak berpuas hati dengan isu sebagainya, maka jadi calonlah. Namun boleh atau tidak beliau berkhidmat kepada rakyat, itu pun satu isu, (bolehkah) jadi wakil rakyat, jaga kawasan dan sebagainya. Jadi calon bukan sekadar khidmat kepada rakyat," katanya



Demikianlah Artikel Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM

Sekianlah artikel Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang cuba ambil kesempatan 'populariti' bekas pengarah SPRM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/pembangkang-cuba-ambil-kesempatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :