Judul : Mohd Amar 'pening' ramal kerjasama Amanah-Umno, kata Amanah Kelantan
link : Mohd Amar 'pening' ramal kerjasama Amanah-Umno, kata Amanah Kelantan
Mohd Amar 'pening' ramal kerjasama Amanah-Umno, kata Amanah Kelantan
Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Amanah Kelantan menyelar tuduhan bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno-Barisan Nasional (BN) bagi menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Menurut Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamad, tuduhan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencermikan bahawa pemimpin berkenaan 'pening' dalam mentafsir situasi sebenar politik di negeri berkenaan.
"Bagi saya cakap-cakap Mohd Amar itu macam sudah pening dalam politik di mana cakap tanpa asas. Politik satu persepsi dan apa-apa tanggapan yang kita buat mesti ada asas.
"Jadi bila Mohamad Amar sebut Amanah dilihat bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan PAS, apa asas kepada tuduhan beliau. Kita sendiri melihat PAS dengan jelas banyak sudut bekerjasama dengan Umno," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Mohd Amar bahawa Amanah mungkin akan menjalinkan hubungan dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1978.
Dakwaan Mohd Amar itu dibuat berasaskan peristiwa di mana Umno bekerjasama dengan parti serpihan PAS, Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978 untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.
Tambah Che Ibrahim, adalah mustahil akan wujud kerjasama sedemikian memandangkan Amanah ujarnya begitu bersungguh-sungguh mahu menumbangkan kerajaan BN dengan menyertai Pakatan Harapan (PH).
"PAS sudah 'maru' (pening politik). Dia (Datuk Mohd Amar) tidak tahu apa-apa pun. Dia bercakap tidak tahu apa. Di saat kita Pakatan Harapan begitu bersungguh-sungguh menentang Barisan Nasional (BN).
"Dalam masa yang sama PAS dilihat acap kali bersama dengan Umno dalam RUU355, dalam isu Rohingya dan di Parlimen PAS berkali-kali berkecuali dalam setiap isu yang dibawa oleh Umno tiba-tiba kita parti pembangkang yang dituduh bersama Umno-BN," katanya lagi.
PAS kini sedang dalam proses untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dengan mencadangkan pindaan terhadap Rang Undang-undang 355 (RUU355) yang dibawa oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sekiranya diluluskan di Parlimen, kerajaan Umno-BN akan mengambil alih pembentangan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 daripada Hadi.
"Ceramah dan program PAS akhir-akhir ini dilihat tidak lagi menentang Umno termasuklah secara rasmi di Dewan Rakyat seumpamanya. PAS tidak lagi begitu bersikap keras dengan Umno.
"Tiba-tiba kita yang sering bersikap keras dengan Umno pula dituduh untuk bersama dengan Umno. Jadi bagi saya itu satu bacaan politik yang tidak ada asasnya," ulas Che Ibrahim.
Demikianlah Artikel Mohd Amar 'pening' ramal kerjasama Amanah-Umno, kata Amanah Kelantan
Sekianlah artikel Mohd Amar 'pening' ramal kerjasama Amanah-Umno, kata Amanah Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mohd Amar 'pening' ramal kerjasama Amanah-Umno, kata Amanah Kelantan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/mohd-amar-pening-ramal-kerjasama-amanah.html