[KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir

[KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir
link : [KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir

Baca juga


[KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Beliau berkata DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri kerana akur kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.
 
"Kononnya kata Datuk Seri Najib, kalau Umno kalah, DAP menang, ia (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
 
"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri. 
 
"Tapi kalau timbalan itu, adalah..  Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya dalam program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, malam tadi.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkata DAP berupaya menguasai kerajaan sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Putrajaya.
 
Sebelum ini bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan wujudnya pakatan sulit antara Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menaikkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Penasihat DAP itu sebagai timbalannya, jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya akan datang.
 
PPBM dan DAP menafikan pendedahan itu dan berkali-kali mengugut untuk menyaman Tunku Aziz. Bagaimanapun hingga kini tiada saman di failkan terhadap ahli politik veteran itu.
 
Najib ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Padang Awam, Kuala Ketil, Kedah juga berkata DAP akan mengetuai pembangkang berikutan mempunyai kerusi paling banyak di Parlimen berbanding parti komponennya yang lain.
 
"Cuba bayangkan jika bumi Malaysia ini dikuasai DAP, apa implikasinya? Ingat boleh mengadu atau berteduhdi bawah mereka? Di mana kita hendak meminta dan pada siapa kita hendak merayu?" kata Najib dihadapan lebih 20,000 hadirin yang hadir.
 
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Najib sengaja memberi gambaran yang begitu buruk terhadap DAP.
 
"DAP ini bukanlah kuat sangat. Masa dalam Umno kita beri gambaran mereka ini sangat jahat, terlalu kecinaan dan sebagainya. Ia bukan parti Cina, ia parti pelbagai kaum.
 
"(Ketika hadiri satu majlis DAP), depan saya mereka berikrar menyokong Perlembagaan. Maknanya dia memperakui kedudukan raja Melayu, sokong bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan keistimewaan Melayu," ujar beliau.
 
Ketika Perhimpunan Agung Umno 2016, Disember lalu, Najib berkata PRU akan datang bakal memberi pilihan kepada rakyat sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajaan pimpinan DAP yang mempunyai perjuangan sempit dan mengancam survival Bumiputera.  
 
Beliau berkata, hak dan keistimewaan orang Melayu serta peningkatan syiar Islam yang dipupuk dan dipertahankan Umno selama ini akan terhakis sekiranya pengundi memilih PH pimpinan DAP pada PRU14. 
 
 


Demikianlah Artikel [KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir

Sekianlah artikel [KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KEMASKINI] DAP ada minta jadi timbalan, bukan Perdana Menteri, kata Tun Mahathir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/kemaskini-dap-ada-minta-jadi-timbalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :