Judul : PPBM-DAP bercanggah kenyataan, 'pakatan sulit' belum selesai - Annuar Musa
link : PPBM-DAP bercanggah kenyataan, 'pakatan sulit' belum selesai - Annuar Musa
PPBM-DAP bercanggah kenyataan, 'pakatan sulit' belum selesai - Annuar Musa
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
BATU CAVES: Percanggahan pendirian bersabit jawatan tertinggi negara antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP menyerlahkan perpecahan dalam pakatan pembangkang.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan bercanggah yang diberikan pemimpin PPBM dan DAP jelas menunjukkan isu itu belum selesai.
"Itu maknanya isu itu belum diselesaikan sebab DAP cakap lain dan Dr Mahathir cakap lain. Saya fikir itu dengan sendirinya memberi gambaran bahawa 'pakatan' (antara) mereka belum selesai," katanya ketika ditanya selepas menghadiri program di Kompleks Industri Makanan MARA, petang tadi.
Malam tadi, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP tidak pernah meminta jawatan Perdana Menteri sebaliknya hanya berminat dengan kerusi Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kononnya kata Datuk Seri Najib, kalau Umno kalah, DAP menang, ia (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
"Tapi kalau timbalan itu, adalah.. Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya, malam tadi.
Sebelum ini bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan wujudnya pakatan sulit antara Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menaikkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Penasihat DAP itu sebagai timbalannya, jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya akan datang.
PPBM dan DAP menafikan pendedahan itu dan berkali-kali mengugut untuk menyaman Tunku Aziz.
Bagaimanapun hingga kini tiada saman di failkan terhadap ahli politik veteran itu.
Demikianlah Artikel PPBM-DAP bercanggah kenyataan, 'pakatan sulit' belum selesai - Annuar Musa
Sekianlah artikel PPBM-DAP bercanggah kenyataan, 'pakatan sulit' belum selesai - Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM-DAP bercanggah kenyataan, 'pakatan sulit' belum selesai - Annuar Musa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/ppbm-dap-bercanggah-kenyataan-pakatan.html