Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah

Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah
link : Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah

Baca juga


Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah

 
 

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut berpendapat bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan berunsur rasuah, malah rakyat tidak perlu mempersoal status halal atau haramnya.

Beliau berkata masyarakat perlu jelas tentang makna rasuah yang bermaksud sesuatu pemberian berupa wang atau barangan daripada individu kepada seseorang yang lain bagi mendapat suatu ganjaran untuk kepentingan pemberi.

"Dalam soal bantuan BR1M, pihak yang memberi itu tidak pula menyatakan mereka mahu sesuatu ganjaran atau timbal balik daripada penerima, sebaliknya memaklumkan ia merupakan pemberian berupa bantuan.

"Malah bantuan itu diberi khusus bagi meringankan beban penerima, jadi konsep berkenaan bukanlah satu rasuah," katanya pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di Kangar.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan jemaah.

Mohd Asri berkata seseorang penerima sumbangan tidak wajar bertanyakan pihak pemberi tentang sumber wang berkenaan.

"Sebagai contoh, seseorang peniaga bertanya pembeli daripada mana wang yang digunakannya untuk membayar barang yang dijual kepadanya dan adakah wang itu halal atau haram.

"Sebagai penerima mereka boleh menerima wang daripada seseorang sama ada atas urusan jual-beli, pemberian bantuan atau sedekah tanpa perlu mencari asal usul daripada mana wang itu diperolehi," katanya.

Beliau turut memberi contoh Nabi Muhammad SAW juga pernah menerima sumbangan wang daripada pemimpin Yahudi dan tidak bertanya dari mana sumber pemberian itu diambil.- Bernama



Demikianlah Artikel Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah

Sekianlah artikel Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti Perlis juga kata BR1M bukan rasuah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/mufti-perlis-juga-kata-br1m-bukan-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates: