Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat

Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat
link : Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat

Baca juga


Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat

Yeong Hui Min

 

Pusat yang menyediakan bantuan perubatan dan bantuan lain kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur terbakar pada malam Isnin, yang mungkin satu perbuatan khianat, kata pengasas pusat itu.

Pengasas Pertubuhan Kesihatan Kebajikan Umum Malaysia (PKKUM), Elisa Kor Krishnan berkata kebakaran itu yang berlaku pada pukul 11.30 malam, telah memusnahkan premis PKKUM di Jalan Raja Laut.

"Ia sudah terlambat apabila saya sampai ke pejabat dan anggota bomba berkata, ia adalah musnah 100 peratus," kata Elisa kepada Malaysiakini.

Organisasi itu, yang membantu individu yang mengidap HIV dan yang lain-lain yang memerlukan, telah kehilangan komputer, pencetak, sebuah mesin jahit, perabot, kotak derma dan dokumen penting, seperti data mereka yang mendapat bantuannya.

Kakitangan PKKUM Mohd Adam Abdullah, yang tinggal di pejabat itu, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur selepas terhidu asap.

Elisa berkata Jabatan Bomba memaklumkan kepadanya ia mungkin satu kes perbuatan khianat.

Laporan polis

Beliau membuat laporan di Balai Polis Sentul pada hari Selasa dan masih belum menerima sebarang maklumat mengenai punca kebakaran.

Ketika dihubungi, Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saribani berkata jabatan itu telah menyiapkan siasatan tetapi tidak boleh mendedahkannya kepada umum.

PKKUM membantu individu yang mengidap HIV yang dirujuk ke pusat itu oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur dan klinik kesihatan awam di Jinjang, Kepong, Batu Caves, Ampang dan Cheras.

Ia juga menyediakan bantuan kepada wanita di Penjara Wanita Kajang dan bekerjasama dengan Jabatan Sumber Manusia.

Elisa berkata PKKUM sangat memerlukan bantuan untuk memulakan sebuah pusat baru untuk membantu masyarakat.

Beliau telah menyewa premis yang terbakar itu dengan menggunakan wang gajinya sendiri.

Pusat itu memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 untuk meneruskan operasi, katanya, sambil menggesa mereka yang berminat untuk membantu, supaya menghubunginya melalui e-mel beliau di krishnanelishakor@gmail.com.



Demikianlah Artikel Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat

Sekianlah artikel Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pusat bantu pesakit HIV terbakar, disyaki perbuatan khianat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/pusat-bantu-pesakit-hiv-terbakar.html

Subscribe to receive free email updates: