Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah

Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah
link : Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah

Baca juga


Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah

Oleh Jamzuri Ardani

 


Rakan-rakan dalam Pas perlu membuang kebencian mereka terhadap Amanah. Ia amat mendedahkan sikap yg bertentangan dengan akhlaq Islam. Sikap ini tidak membawa apa-apa manfaat.

Saya membaca kenyataan rakan saya YB Che Lah, Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan yang sangat ofensif terhadap Amanah. Terserlah keangkuhan yang tidak sedikit. Saya sampai teringat dengan sedutan kata,"If you want test the character of a man, give him power". YB Che Lah ini baru sahaja jadi Exco Kerajaan Negeri, tetapi kenapa sampai jadi begitu lagak angkuhnya.

Terimalah kenyataan. Rakan-rakan dalam Amanah hanya melaksanakan hak mereka dalam masyarakat demokratik. Dulunya mereka bersama Pas secara sukarela. Mereka berkorban macam-macam untuk parti juga secara sukarela. Masa itu mereka cukup yakin dengan perjuangan.

 Tetapi, masa berubah, senario politik berubah, Pas berubah, dan pendirian mereka juga berubah. Mereka jadi hilang keyakinan dengan Pas dan bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baru. Bukankah ini fenomena biasa dalam masyarakat demokratik? Di mana pengkhianatannya?

Kenapa sampai jadi macam orang hilang pedoman? Digelar macam-macam, ditohmah macam-macam, dan paling jijik ialah apabila agama digunakan secara wewenang untuk menjustifikasikan sikap mereka.

Apabila Wakil Rakyat enggan meletak jawatan, maka itu dijadikan mantra untuk memburukkan mereka. Ya mereka pernah berbaiah, tetapi suasana ketika mereka berbaiah dengan suasana ketika mereka dicampak keluar tidak sama.

Mereka terpaksa memilih antara dua Amanah; amanah parti yang mencalonkan mereka dan amanah rakyat yang mengundi mereka. Mereka berijtihad dan memilih untuk memelihara amanah rakyat. Wajarkah mereka dituduh "pengkhianat" hanya kerana ijtihad mereka itu?

Mereka menuntut agar kerusi itu dipulangkan kepada mereka tanpa menilai secara objektif dan terperinci tuntutan tersebut. Tuntutan itu tidak rasional kerana beberapa kekangan undang-undang dan maslahah politik. Secara mudah, tuntutan itu bukan untuk berlaku adil, tetapi sekadar melepas geram.

Bagaimana sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam boleh meletakkan isu kerusi mengatasi persoalan ukhuwwah dan keperluan berlaku adil.

Bila mereka bersama Umno, mereka baca ayat Quran mengenai "wa ta'awanu". Sikap mereka terhadap Amanah pula, mereka merujuk ayat-ayat tentang "munafiq". Bila mengulas Pakatan Harapan, mereka kupas pula tentang "perang Ahzab". Tentang DAP, mereka baca surah Al-Kafirun.

Agama jadi tunggangan politik mereka, memetik ayat-ayat Allah secara cuai hanya untuk agenda politik sempit semata.

Cukuplah. Kembalilah kepada akal yang waras.  Sama-sama kita pelihara kemurnian agama.



Demikianlah Artikel Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah

Sekianlah artikel Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pas perlu buang kebencian terhadap Amanah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/pas-perlu-buang-kebencian-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates: