Judul : Akar umbi Pulau Pinang sokong Hadi tolak kerjasama dengan PPBM
link : Akar umbi Pulau Pinang sokong Hadi tolak kerjasama dengan PPBM
Akar umbi Pulau Pinang sokong Hadi tolak kerjasama dengan PPBM
ANTARAPOS.COM
PULAU PINANG: Kami tidak akan biarkan Presiden PAS keseorangan dalam usaha mengukuhkan perundangan Islam, kata ahli akar umbi PAS di negeri ini.
Jurucakapnya, Jaafar Osman berkata pendirian muktamad Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana ia bekerjasama dengan DAP dan Amanah, disokong seratus peratus oleh ahli akar umbi kawasan itu.
“Kami tidak akan membiarkan beliau keseorangan bercakap soal mengukuhkan undang-undang untuk umat Islam,” katanya.
Lebih 30 ahli akar umbi PAS sekitar negeri ini berdemonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Lebuh Acheh.
Perhimpunan secara aman itu berlangsung kira-kira 10 minit sambil dikawal lebih 10 anggota polis.
Kumpulan itu membawa pelbagai sepanduk mengecam Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng dan para pemimpin utama PPBM.
Jaafar yang juga ahli PAS kawasan Balik Pulau berkata, undang-undang berkaitan umat Islam di negara ini perlu diperkukuhkan dan orang bukan Islam mempunyai hak sama ada mahu mengikutinya atau tidak.
“Dalam isu rumah judi contohnya, adakah umat Islam tidak boleh melakukan sesuatu dari sudut undang-undang Islam bagi melarang mereka berkunjung ke premis berkenaan?” katanya.
Seorang lagi ahli PAS, Mohd. Tarmizi Abdul Hadi pula berkata, pemimpin tertinggi DAP dan PPBM perlu mencermin diri sebelum mengkritik kepemimpinan PAS.
Demikianlah Artikel Akar umbi Pulau Pinang sokong Hadi tolak kerjasama dengan PPBM
Sekianlah artikel Akar umbi Pulau Pinang sokong Hadi tolak kerjasama dengan PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akar umbi Pulau Pinang sokong Hadi tolak kerjasama dengan PPBM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/akar-umbi-pulau-pinang-sokong-hadi.html