PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam

PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam
link : PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam

Baca juga


PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam

ANTARAAPOS.COM

Post Pic
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menepis dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia sengaja melengahkan proses penghantaran pulang mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam.
Sebaliknya, tegas beliau, selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.
Beliau turut menekan bahawa pihak Korea Utara boleh mendapatkan nasihat daripada peguam mereka sekiranya tidak bersetuju dengan tindakan polis.
“Peguam mereka boleh menasihati mereka. Kita mempunyai peraturan di Malaysia...semasa di Malaysia, semua orang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara ini termasuk Korea Utara,” kata kepada Bernama hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, semalam yang mendakwa Malaysia sengaja menolak permohonan mereka untuk membawa pulang mayat Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Kenyataan Kang Chol kepada pihak media itu dibuat di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.45 malam tadi.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata tuntutan terhadap mayat diberi keutamaan kepada waris terdekat bagi memudahkan proses pengecaman.
Bagaimanapun, setakat ini tuntutan hanya diterima daripada pihak kedutaan.
Isnin lepas, Jong-nam, 46, yang membawa dokumen menggunakan nama Kim Chol, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menunggu penerbangan ke Macau apabila seorang wanita menyembur sejenis cecair dan menggosok mukanya dengan kain.
Mangsa kemudian ke kaunter perkhidmatan klia2 untuk memohon bantuan perubatan selepas mengadu tidak sihat tetapi dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.


Demikianlah Artikel PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam

Sekianlah artikel PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PDRM nafi sengaja lambatkan serah mayat Kim Jong-nam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/pdrm-nafi-sengaja-lambatkan-serah-mayat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :