Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355'

Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355'
link : Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355'

Baca juga


Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355'

| ARIF ATAN
 
 
Razman ZakariaRazman Zakaria

Dalam tempoh 24 jam sepanjang hari ini, tiga kali Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria di status Facebook beliau mengaitkan pihak yang dianggapnya menentang himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 dengan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahja Purnama atau ‘Ahok’.

"Kalau anda tidak turun ke Padang Merbok pd 18/2/17 Anda penyokong Ahok," ujarnya merujuk kepada satu-satunya Gabenor dari keturunan Cina dan beragama Kristian pertama mentadbir Jakarta dalam tempoh lebih 50 tahun itu yang kemudiannya didakwa menghina al-Quran.

Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline setakat pukul 7 petang hari ini mendapati, rata-rata pengguna di media sosial mengkritik Razman termasuk mengaitkan tindakan Pas mengadakan himpunan itu sebagai memulihkan imej parti tersebut selepas dibohongi Umno-BN.

Terdahulu, Razman juga memuat status Facebook yang menyebut tentang reaksi "parti serpihan Ahok" apabila "big brother" dikatakan menerima dana dari Israel.

"Hairan juga parti serpihan Ahok bila big brother dituduh terima duit Israel relax jer. Israel musuh Islam," ujarnya yang pernah bekerja di Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu.

Bahkan dalam status yang melampirkan lapan "Peraturan dan Arahan Am Peserta Himpunan 355", beliau menulis, "Turun dengan berhemah. Tarikh (?) membezakan Melayu yang sokong Ahok," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak sekretariat himpunan di Padang Merbok itu dikatakan telah menyediakan 500 pemantau khas bagi mengawal dan merakam sebarang gerakan yang mencurigakan.

Ahok yang dikenali kerana lantang bersuara dan dilantik sebagai Gabenor Jakarta pada 2014 itu kini mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) 15 Februari ini.

Beliau akan bertanding atas sokongan parti PDI-P pimpinan bekas presiden Megawati Soekarnoputri, Golkar dan Nasdem dengan menerima tentangan daripada dua pasangan yang bertanding atas dua lagi gabungan parti politik iaitu pasangan Anies Bsawedan-Sandiaga Uno dan Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni.

Tahun lalu, Ahok dituduh menghina agama Islam ekoran mengaitkan lawannya menggunakan ayat 51 surah al-Maidah ketika berkempen di Pulau Seribu, Oktober pada Pilihan Raya Gabenor.

Ucapan beliau yang sebenarnya telah disunting pihak tertentu menjadi tular sehingga mencetuskan demonstrasi mega melibatkan ratusan ribu penganut Islam dengan tema "Aksi Bela Islam" pada 4 November tahun lalu.

Bagaimanapun, Ahok berkata, beliau telah difitnah serta tidak bermaksud untuk menghina ayat suci al-Quran dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam jika kata-katanya itu telah disalah tafsir.



Demikianlah Artikel Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355'

Sekianlah artikel Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anda penyokong Ahok jika tidak hadir himpunan RUU 355' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/anda-penyokong-ahok-jika-tidak-hadir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :