Judul : Lapangan terbang Malaysia selamat - Tiong Lai
link : Lapangan terbang Malaysia selamat - Tiong Lai
Lapangan terbang Malaysia selamat - Tiong Lai
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong lai memberi jaminan bahawa lapangan terbang di Malaysia adalah selamat susulan insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antabangsa 2 (KLIA) pada Isnin.
"Kes itu tidak ada kaitan dengan tahap keselamatan lapangan terbang negara. Kita memiliki sistem kamera keselamatan yang sangat baik.
"Lapangan terbang negara kita adalah selamat," kata Tiong Lai pada Rabu.
Beliau enggan mengulas lanjut tentang kes tersebut memandangkan pihak polis masih melaksanakan siasatan tetapi berkata, pihak pengurusan KLIA, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi kerjasama penuh.
"Kes itu masih dalam siasatan polis dan saya akan membiarkan mereka melaksanakan tugas tersebut serta tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.
"Saya telah mengarahkan MAHB untuk bekerjasama dengan polis terutamanya dalam memberikan rakaman kamera keselamatan dan sebarang maklumat yang diperlukan," katanya.
Demikianlah Artikel Lapangan terbang Malaysia selamat - Tiong Lai
Sekianlah artikel Lapangan terbang Malaysia selamat - Tiong Lai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lapangan terbang Malaysia selamat - Tiong Lai dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/lapangan-terbang-malaysia-selamat-tiong.html