Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar

Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar
link : Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar

Baca juga


Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar

BORHAN AHMAD

Bendera Pas dan Umno dipasang sepanjang laluan dari kapal ke bangunan terminal di Bousted Cruise Centre, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Perlabuhan Klang.Bendera Pas dan Umno dipasang sepanjang laluan dari kapal ke bangunan terminal di Bousted Cruise Centre, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Perlabuhan Klang.

Walaupun 28 NGO yang menyertai kapal  'Food flotilla for Myanmar' sampai pagi ini, namun yang mendapat tempat adalah bendera Umno dan Pas.

Bendera kedua-dua parti itu berselang seli di pasang bersama bendera Malaysia sepanjang laluan dari kapal Nautical Aliya ke bangunan terminal bagi menyambut kepulangan flotilla yang menghantar bantuan makanan dan lain-lain keperluan kepada mangsa kekejaman Myanmar terhadap Rohingya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamudin Hussain memberikan ucapan mengalu-alukan kepulangan mereka.

Selain Hishamuddin, turut menyambut mereka adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Menteri Perladangan, Industri dan Komoditi Malaysia, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Turut berucap di majlis itu adalah Cikgu Haji Mohd Azmi B. Abdul Hamid, Presiden MAPIM dan juga Datuk Seri Panglima Abdul Azeez B. Abdul Rahim selaku Ketua Misi.

Sijil 'Malaysia Book of Record' sebagai 'Biggest Humanitarian Aid Donated for One Nation' turut disampaikan misi ini.

Kapal Nautical Aliya berlepas keluar dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari lalu membawa 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya di Myanmar dan pelarian Rohingya di Bangladesh.

Ia berlabuh di pelabuhan Yangon pada 9 Februari dan menurunkan sebahagian daripada barang bantuan itu dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke pelabuhan Chittagong pada 14 Februari untuk menurunkan keseluruhan barang bantuan itu di sana.

Bantuan di Bangladesh itu adalah untuk diagihkan di tiga kem pelarian di Kutupalong, Cox's Bazar dan Teknaf dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM).

Logo NGO Turki dipadamkan dari banner selepas mereka menarik diri kerana tidak puas hati selepas ia dihijack oleh parti politik.Logo NGO Turki dipadamkan dari banner selepas mereka menarik diri kerana tidak puas hati selepas ia dihijack oleh parti politik.Misi anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  (MAPIM) itu merangkumi wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia dan negara luar, pasukan perubatan, tenaga pengajar dan wartawan.

Sebuah NGO dari Turki, Turkiye Diyanet Vakfi menarik diri dari misi ini kerana tidak berpuashati dengan tindakan Umno yang 'merampas' program ini.

Sehubungan dengan itu, NGO yang sepatutnya menjadi penganjur utama projek ini kini menuntut balik wang sebanyak hampir USD500,000 (kira-kira RM2.2 juta) yang mereka sumbangkan.



Demikianlah Artikel Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar

Sekianlah artikel Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bendera Umno, Pas sambut kepulangan Food Flotilla for Myanmar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/bendera-umno-pas-sambut-kepulangan-food.html

Subscribe to receive free email updates: