Judul : 'Ini Malaysia, bukan Korea Utara'
link : 'Ini Malaysia, bukan Korea Utara'
'Ini Malaysia, bukan Korea Utara'
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan wakil serta pemimpin Korea Utara agar menghormati undang-undang di negara ini.
"Dia orang mesti ingat, ini bukan Korea Utara. Ini Malaysia. Kita ada undang-undang, mereka tak boleh buat sesuka hati mereka," kata Nazri kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2017 di ibu negara hari ini.
Nazri berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita yang bertanya sama ada beliau mempunyai apa-apa nasihat kepada duta dan pemimpin Korea Utara.
Selain itu, Nazri yang juga anggota parlimen Padang Rengas berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang menyelar tuduhan duta Korea Utara.
'Negara penyangak'
Menurut Nazri, beliau secara peribadi menganggap Korea Utara sebuah negara penyangak (rogue) dan tidak menghormati undang-undang antarabangsa.
"Saya secara peribadi merasakan Korea Utara adalah sebuah negara penyangak (rogue). Tak menghormati terhadap undang-undang antarabangsa.
"Mereka patut tahu bahawa perkara ini terjadi di Malaysia dan mereka kena ikut peraturan dan undang-undang antarabangsa.
"Kita tidak akan pulangkan mayat sehingga kita dapat lakukan bedah siasat dan dapat keputusan.
"Jangan cuba untuk beri tekanan kepada kita. Ini bukan Korea Utara, ini Malaysia," kata Nazri lagi.
Ditanya sama ada duta Korea Utara di Malaysia perlu dihantar pulang, Nazri memberitahu bahawa perkara itu perlu ditanya kepada Menteri Luar.
Pada 13 Februari lalu, Kim Jong-nam meninggal dunia selepas diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika dalam perjalanan ke Macau.
Siasatan polis mendapati dua suspek wanita yang ditahan menggunakan cecair beracun untuk menekup ke muka mangsa.
Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Isnin lalu, Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol meluahkan rasa tidak yakin Pyongyang ke atas siasatan yang dijalankan pasukan polis negara berkaitan kematian Jong-nam.
Malah, duta itu juga menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan untuk membantu mengalihkan perhatian berhubung krisis berterusan yang sedang menyelubungi kepimpinan Korea Selatan.
Ekoran itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, tohmahan bahawa Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing dalam kes bunuh Jong-nam merupakan penghinaan amat besar terhadap negara.
Demikianlah Artikel 'Ini Malaysia, bukan Korea Utara'
Sekianlah artikel 'Ini Malaysia, bukan Korea Utara' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Ini Malaysia, bukan Korea Utara' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/ini-malaysia-bukan-korea-utara.html