Judul : Kaji semula hubungan KL-Pyongyang, kata Pemuda BN
link : Kaji semula hubungan KL-Pyongyang, kata Pemuda BN
Kaji semula hubungan KL-Pyongyang, kata Pemuda BN
Pemuda Umno, Barisan Nasional (BN) serta beberapa NGO belia seluruh negara hari ini menggesa kerajaan supaya membatalkan perjanjian bebas visa serta mempertimbangkan semula hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, gesaan itu dibuat ekoran tuduhan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan untuk membantu mengalihkan perhatian berhubung krisis berterusan yang menyelubungi kepimpinan Korea Selatan.
“Malaysia sebuah negara yang berdaulat, kami tidak akan bertolak ansur dengan dengan mana-mana perbuatan pencerobohan, tidak menghormati institusi, kepimpinan dan rakyat negara ini.
“Kita gesa supaya kerajaan Malaysia membatalkan perjanjian bebas visa dengan Korea Utara. Kita juga gesa supaya kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
“Permintaan ini kerana menunjukkan kemarahan dan rasa tidak puas hati apabila undang-undang Malaysia dipersoalkan oleh negara asing,” katanya kepada pemberita di luar Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Terdahulu, Azwan bersama kira-kira 30 orang dari pelbagai pihak menyerahkan nota bantahan kepada kedutaan Korea Utara.
Mereka yang tiba di perkarangan kedutaan itu sekitar jam 4 petang dengan membawa plakad ‘Respect Malaysia’ , ‘Hey Jong Un Dennis Rodman is Disappointed' dan ‘Psy Yes Spy no’.
Sementara itu, Khairul Azwan ketika ditanya adakah kerajaan patut mengusir Kang berkata:
“Saya serahkan pada kerajaan Malaysia kerana mereka tahu tindakan yang terbaik,” katanya.
Khairul Azwan turut mengancam akan mengadakan bantahan yang lebih besar jika Kang terus melemparkan tuduhan terhadap Malaysia.
Hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara menjadi semakin tegang sejak kebelakangan ini berikutan pertikaman lidah berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada Presiden Korea Utara Kim Jong-un.
Kang menuduh kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu mengenai pembunuhan itu.
Wisma Putra, bagaimanapun, menolak dakwaan itu sebagai 'tidak berasas'.
Selepas dipanggil menghadap oleh Wisma Putra berhubung kenyataannya itu, Kang mendakwa, Pyongyang mempunyai keraguan terhadap siasatan Malaysia berhubung pembunuhan itu.
Demikianlah Artikel Kaji semula hubungan KL-Pyongyang, kata Pemuda BN
Sekianlah artikel Kaji semula hubungan KL-Pyongyang, kata Pemuda BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kaji semula hubungan KL-Pyongyang, kata Pemuda BN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/kaji-semula-hubungan-kl-pyongyang-kata.html