Himpunan 355: Selamat datang umat Islam

Himpunan 355: Selamat datang umat Islam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Himpunan 355: Selamat datang umat Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Himpunan 355: Selamat datang umat Islam
link : Himpunan 355: Selamat datang umat Islam

Baca juga


Himpunan 355: Selamat datang umat Islam



 
Oleh NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ


Selamat Datang Ke Himpunan 355 (H355) yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, 18 Februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ia dijangka akan menjadi perhimpunan terbesar dan paling bersejarah bagi umat Islam untuk tujuan mendaulatkan Islam di dalam negara kita.

Perhimpunan anjuran pakatan NGO-NGO Islam dan parti politik Islam yang mensasarkan kehadiran sehingga 300,000 umat Islam ini adalah bagi menyokong pindaan Akta 355 bagi tujuan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah di dalam sistem perundangan negara yang dijangka akan dibentangkan di sidang parlimen pada bulan Mac nanti.
Oleh kerana usaha ini mendapat tentangan hebat daripada parti DAP yang menyeru masyarakat bukan Islam untuk bangkit melawan, kemudian disokong pula oleh golongan ultra sekular Melayu, maka Himpunan 355 ini adalah juga sebagai tindak balas bagi menunjuk tahap sokongan majoriti umat Islam dan rakyat Malaysia terhadap usaha murni ini.

Apa yang menarik, himpunan ini akan juga turut dihadiri oleh beberapa ribu masyarakat bukan Islam yang telah menyatakan sokongan terbuka terhadap pindaan yang merupakan hak umat Islam yang tidak layak diganggu gugat oleh masyarakat bukan Islam. Kesungguhan mereka untuk turut bersama berhimpun adalah satu aras solidariti dan perpaduan rakyat Malaysia yang tinggi dan wajar diteladani.

Sudah pasti ada yang pesimis dengan perhimpunan ini. Sebahagian menyifatkannya sebagai tindakan bermain api dengan sentimen agama dan perkauman yang boleh memanaskan hubungan antara kaum dan agama. Sebahagian lain pula menganggapnya sebagai satu tindakan politik murahan semata-mata yang tidak lebih selain bertujuan meraih undi. Ada juga yang berpendapat bahawa menyatakan sokongan terhadap pindaan akta ini tidaklah sehingga perlu berhimpun beramai-ramai pun.

Adapun menyifatkannya sebagai tindakan bermain api agama dan perkauman, ia adalah cukup salah. Bahkan sebaliknya golongan yang menentanglah yang bermain dengan api. Pindaan Akta 355 hanyalah terpakai untuk umat Islam di mana ianya terlaksana hanya di Mahkamah Syariah yang khusus untuk untuk umat Islam sahaja. Mencampuri urusan umat Islam dengan menentang kehendak ramai umat Islam itulah yang boleh mencetuskan sentimen dan kemarahan daripada umat Islam.

Apabila umat Islam bangkit menyuarakan ketidakpuasan, maka ia adalah satu tindakan benar dan normal agar golongan penentang kembali kepada jalan yang betul iaitu akur dengan hak umat Islam. Adalah jelas bahawa Akta 355 ini adalah hak umat Islam yang jelas tidak mengganggu hak orang-orang bukan Islam sejak dahulu lagi. Justeru mengapa ia hanya ditimbulkan hari ini?

Adapun golongan yang menganggap himpunan ini sebagai satu tindakan politik murahan bagi meraih undi, maka ia juga tersasar. Selain ianya adalah anjuran ratusan NGO Islam, ia juga turut disokong oleh parti Umno walaupun PAS adalah pemain utama untuk perhimpunan ini. Ia juga disokong oleh NGO Melayu yang secara jelas pro Umno. Jika ianya begitu politik sifatnya, sudah pasti Umno dan NGO yang pro Umno akan menjauhi daripada menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ini.

Nyata penuduh adalah daripada parti yang menentang usaha ke arah pindaan akta ini sedari awal lagi, bukan hanya menentang perhimpunan ini. Oleh kerana pendirian mereka untuk menentang pindaan ini tidak mendapat sambutan, malah ditolak oleh majoriti rakyat, maka mereka dalam keadaan takut dan rimas terus mengatakan bahawa himpunan ini adalah bertujuan politik semata-mata.

Apapun, jikalah perhimpunan ini memberi keuntungan politik kepada parti-parti yang menyokong, maka ianya adalah kerana tindakan mereka menyeru dan melaksanakan perkara kebaikan dan kemanfaatan umat yang besar. Maka beroleh sokongan politik kerana usaha ini adalah satu laba yang benar dan patut diteruskan. Mengapa perlu dipandang rendah?

Adapun hujah mereka yang berkata bahawa menyokong pindaan akta 355 ini tidaklah perlu sampai berhimpun besar-besaran, malah cukuplah dengan menyatakan sokongan melalui pernyataan sokongan di dalam media sosial, perjumpaan dan majlis-majlis kecil, maka ia juga salah dan mengelirukan.

Walaupun sokongan itu adalah benar dan dihargai, tetapi sokongan yang tidak didengari dan tidak boleh diukur kekuatannya adalah merugikan. Seperti yang saya tegaskan di atas bahawa Himpunan 355 bukanlah sekadar pernyataan sokongan sahaja, bahkan ia adalah satu respon dan tindak balas terhadap para penentang yang begitu bersungguh-sungguh dan bekerja keras menunjukkan kekuatan sokongan rakyat di pihak mereka. Ertinya wujud persaingan bagi mewujudkan gelombang sokongan di pihak masing-masing. Justeru sudah tentu mengadakan perhimpunan besar-besaran adalah satu jalan yang terbaik bagi menunjukkan kekuatan sokongan.

Di dalam al-Quran dinyatakan dengan jelas bahawa orang mukmin yang duduk di rumah dan sekadar menjadi penyokong senyap adalah tidak sama dengan orang mukmin yang bangkit berjuang di jalan Allah bagi menegakkan ugama-Nya. Orang mukmin yang bangun berjuang akan diberi kelebihan berganda-ganda berbanding orang mukmin yang duduk di rumah sahaja walaupun ianya bukanlah satu kecelaan.

Maka adakah sama mereka yang duduk santai di rumah dengan orang yang sanggup menghabiskan masa, wang, tenaga dan keselesaan dirinya demi menghadirkan diri ke perhimpunan besar ini? Sudah pasti tidak sama. Ganjaran pahala berjuang demi agama pasti menunggu mereka yang hadir ke Himpunan 355 nanti insya Allah.

Antara peri pentingnya Himpunan 355 ini ialah dengan melihat kepada matlamat atau kesan kepada kejayaan pindaan Akta 355 itu sendiri. Ia bukanlah pindaan sekadar pindaan yang menuruti pindaan-pindaan sebelum ini yang berlaku ke atas Akta 355 ini. Malah ia amat berbeza sekali.

Ia adalah satu pindaan yang hampir menyamai pindaan bagi membolehkan penubuhan Bank Islam suatu masa dulu yang menjadi alternatif kepada sistem perbankan konvensional di dalam negara kita. Walaupun penubuhan bank Islam bukanlah bermaksud sempurnalah sudah sistem kewangan Islam yang lengkap dan komprehensif, tetapi ia cukup untuk menjadi momentum awal bagi membina keyakinan kepada pelaksanaan sistem ekonomi Islam yang lebih sempurna.

Begitulah halnya pindaan Akta 355 kali ini. Untuk kali pertamanya dalam sejarah perundangan moden negara, pindaan ke atas Akta Jenayah Syariah ini telah menepati kehendak Islam sebagaimana dituntut di dalam al Quran. Ia adalah pemecahan terhadap tembok sekularisme yang cuba menyekat keindahan nilai-nilai Islam melalui perlaksanaan syariatnya. Hukuman ke atas jenayah dalam undang-undang negara walaupun tidaklah ditolak oleh ugama, tetapi ia kekal bersifat sekular totok yang langsung mengetepikan hak ugama untuk bersuara lebih tinggi dalam jenayah dan hukumannya yang tertentu seperti hukun hudud dan qisas.

Pindaan ini adalah pemecah tembok sekularisme dari sudut undang-undang jenayah. Ia kecil sahaja tetapi ia begitu signifikan dan vital. Jika kita berbangga dengan sistem-sistem Islam yang sudah berjaya diterapkan ke dalam pelbagai aspek kehidupan di negara kita, maka melalui kesepakatan umat yang tidak berbelah bagi, maka inilah masanya satu lonjakan baru disempurnakan melalui pindaan Akta 355 ini.

Akhir sekali, perlu kita ulang-ulangkan bahawa usaha islah dan pembaikan untuk negara di samping pembantaian terhadap gejala buruk dan anasir jahat yang merosakkan negara seperti rasuah, pembaziran wang negara, dadah, jenayah dan sebagainya tidak akan mampu dikotakan kecuali dengan kesatuan umat. Negara yang rakyatnya mempromosi kebencian akan membantutkan usaha-usaha yang baik.

Adalah jelas, Himpunan 355 adalah satu promosi kepada perpaduan umat yang hilang. Walaupun berbeza latar belakang dan cara, kita mesti berusaha mengurangkan konflik yang tidak perlu dan mendekatkan jurang dan jarak antara kita umat Islam. Negara kita di sebalik perpecahan pandangan politik masih menikmati keamanan secara amnya. Ia mesti kekal dipelihara dan harus dijadikan pemangkin ke arah usaha pembaikan Islami yang benar.

Justeru sokongan yang amat kuat adalah diperlukan. Suara rakyat akan menjamin Islam dijulang di negara Malaysia tercinta ini. Himpunan 355 nanti adalah wadah besar yang akan menggemakan suara keramat rakyat yang menjunjung perintah Allah. Selamat berhimpun nanti di H355. Semoga usaha kita diredhai oleh Allah. Aamiin. -



Demikianlah Artikel Himpunan 355: Selamat datang umat Islam

Sekianlah artikel Himpunan 355: Selamat datang umat Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Himpunan 355: Selamat datang umat Islam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/himpunan-355-selamat-datang-umat-islam.html

Subscribe to receive free email updates: