Judul : Ke mana RM4.3b duit Felda, PM perlu jelaskan segera
link : Ke mana RM4.3b duit Felda, PM perlu jelaskan segera
Ke mana RM4.3b duit Felda, PM perlu jelaskan segera
Oleh Naraza Muda
Pendedahan terkini yang mengundang pertanyaan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sendiri mengenai ke mana duit Felda sebanyak RM4.3 bilion adalah satu pengesahan dakwaan kami sebelum ini terhadap Felda di bawah pengurusan Pengerusi Felda sebelum ini.
Kami mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat penjelasan dengan kadar segera bagi memberi gambaran sebenarnya apakah yang telah terjadi dengan sejumlah nilai yang sangat besar melibatkan duit Felda.
Sewajarnya rakyat Malaysia dan warga peneroka Felda diberi maklumat untuk mengelak skandal berterusan sehingga keyakinan warga Felda terhadap Felda dan kerajaan hilang dan bertindak di luar batas perundangan negara. Isu ini kehilangan demi kehilangan duit Felda mestilah dihentikan dan diambil tindakan segera terhadap siapa juga individu terbabait tanpa mengira kedudukan politik dan kerajaan.
SPRM juga perlu diberi ruang seluas-luasnya menyiasat kehilangan RM4.3 bilion ini dengan sebebas-bebasnya agar isu ini diselesaikan dengan kadar segera tanpa apa-apa gangguan daripada mana-mana pihak. SPRM juga perlu memberi pencerahan berkaitan kes ini dari semasa ke semasa kepada rakyat Malaysia.
* Naraza Muda, Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
Demikianlah Artikel Ke mana RM4.3b duit Felda, PM perlu jelaskan segera
Sekianlah artikel Ke mana RM4.3b duit Felda, PM perlu jelaskan segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ke mana RM4.3b duit Felda, PM perlu jelaskan segera dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/ke-mana-rm43b-duit-felda-pm-perlu.html