Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz

Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz
link : Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz

Baca juga


Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan empat pemimpin DAP Melaka keluar daripada parti itu hari ini, membuktikan bahawa mereka kini sedang 'membuka mata' dan sedar bahawa tujuan dan matlamat asal perjuangan parti mula terpesong.
 
Malah bekas pemimpin parti itu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, ini merupakan satu permulaan kepada gerakan lebih besar dalam parti tersebut, yang bakal diikuti lebih ramai ahli dan pemimpin lagi.
 
“Ini permulaan, nanti banyak lagi akan keluar(parti).
 
"Ini kerana ahli-ahli DAP sudah buka mata. Dah buka mata dan mereka tengok cara DAP ini yang tak betul, cakap tak serupa bikin. 
 
Tegas bekas naib presiden parti itu lagi, tindakan itu berkait rapat dengan kerjasama DAP dan bekas musuh utama parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
“Yang mereka tidak faham kali ini apabila DAP yang dulunya tak boleh terima apa yang Mahathir buat, tapi sekarang sudah bekerjasama. 
 
Katanya lagi, turut menjadi punca kepada pengunduran tersebut adalah cara ‘kuku besi’ yang diamalkan oleh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti yang menjadi kegusaran kepada ahli-ahli serta pemimpin yang lain.
 
"Orang dah nampak, dalam DAP ini yang paling penting adalah dinasti Lim. Lim Bapa dan Lim Anak. Semuanya untuk itu saja. Lepas tu pula Karpal Sing dan anak-anaknya yang jadi pemimpin dalam DAP
 
Terdahulu, empat wakil rakyat DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu.
 
Selain Tong Him, turut 'angkat kaki' ialah ADUN Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang) and Chin Choong Seong (Kesidang).
 
Pada sidang akhbar sebentar tadi, Tong Him berkata beliau bersama rakan-rakannya mengambil tindakan keluar DAP kerana perjuangan parti itu semakin daripada landasan asal.
 
 


Demikianlah Artikel Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz

Sekianlah artikel Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluar parti: Pemimpin DAP mula buka mata, kata Tunku Aziz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/keluar-parti-pemimpin-dap-mula-buka.html

Subscribe to receive free email updates: