Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal

Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal
link : Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal

Baca juga


Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PELABUHAN KLANG: Kapal 'Nautica Aliya' yang digunakan untuk misi kemanusian 'Food Flotilla For Myanmar' memulakan perjalanannya hari ini selepas mengalami masalah teknikal sehari sebelumnya.
 
Ketua misinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kapal berkenaan berpatah balik ke Pelabuhan Klang pada pukul 11 malam Jumaat apabila terdapat tali sepanjang 10 meter tersangkut pada kipas kapal.
 
"Tiga penyelam digunakan untuk memotong tali yang hampir memasuki bahagian enjin kapal...mereka mengambil masa hampir 10 jam untuk memotong tali itu.
 
"Kapal berlayar semula pada pukul 7 pagi Sabtu dan kini berada di Selat Melaka selain dijangka sampai di Pulau Jarak, Perak pada pukul 7 malam," katanya dalam sidang media di atas kapal itu.
 
Ditanya adakah kapal itu membawa muatan berlebihan Abdul Azeez berkata kapal berkenaan membawa muatan yang bersesuaian dan ianya selamat untuk berlayar.
 
Katanya kapal berkenaan membawa 2,300 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan selepas 500 tan metrik bekalan makanan ditambah ketika kapal itu berlabuh semula di Pelabuhan Klang.
 
"Kita telah tambah 500 tan metrik bekalan makanan ketika kerja memotong tali dibuat oleh penyelam," katanya sambil menambah perjalanan kapal Nautica Aliya di perairan negara diiringi kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
 
Selain itu, Abdul Azeez turut melahirkan rasa syukur kerana kerajaan Bangladesh akhirnya membenarkan misi menghantar bantuan ke negara itu.
 
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga yakin misi ini akan berjaya dan meminta sukarelawan supaya tidak risau, InsyaAllah semua akan berjalan lancar," katanya. 
 
Misi yang membawa makanan, ubat-ubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon serta kem pelarian di Bangladesh.
 
Misi 'Food Flotilla for Myanmar' adalah anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki. 
 
Ia disertai kira-kira 195 sukarelawan dari 13 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil NGO tempatan dan luar negara



Demikianlah Artikel Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal

Sekianlah artikel Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kapal misi Food Flotilla alami masalah teknikal dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/kapal-misi-food-flotilla-alami-masalah.html

Subscribe to receive free email updates: