Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang

Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang
link : Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang

Baca juga


Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya membidas kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu membina sebuah hospital patuh syariah pertama di Malaysia. 
 
Menurutnya, semua hospital, klinik serta fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini adalah patuh syariah.
 
Malah katanya, segala yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah.
 
"Nampaknya exco tersebut tidak tahu atau sengaja hendak menafikan usaha yang telah dibuat oleh KKM selama ini untuk memastikan semua hospital dan klinik, semua fasiliti kesihatan kerajaan patuh syariah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang pada November lalu dilaporkan berkata hospital itu akan dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di Bayan Baru.
 
Dr Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata susulan kenyataan exco itu beliau mendapatkan pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung maksud patuh syariah.
 
Berdasarkan penjelasan Jakim, beliau berpandangan semua yang dibuat oleh KKM hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah merangkumi pakaian seragam staf serta amalan di wad pesakit termasuk wad bersalin.
 
Bagi wad bersalin, Dr Hilmi berkata kini si bapa dibenar mengazankan atau qamat anaknya.
 
"Cuma kalau hendak pilih doktor perempuan untuk kendalikan ibu bersalin belum boleh lagi kerana kita belum mencapai jumlah doktor perempuan yang mencukupi," katanya menambah doktor perempuan kurang berminat bidang sakit puan kerana bidang itu amat mencabar.
 
Selain itu Dr Hilmi berkata semua ubat dan vaksin yang digunakan oleh KKM adalah halal.
 
"Yang tidak halal cuma rotavirus untuk pencegahan cirit-birit dan itu tidak dibeli oleh KKM. Ia hanya terdapat di hospital atau klinik swasta tertentu sahaja. Untuk pastikan vaksin benar-benar tidak ada unsur khinzir, bahagian farmasi KKM buat pemeriksaan DNA dan pastikan tidak ada DNA khinzir," katanya.
 
Katanya jika ubat dan vaksin dikeluarkan dalam negara, pengeluar wajib mendapatkan pensijilan halal Jakim dan pengeluaran pula dilakukan oleh kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP).
 
Dr Hilmi juga mendedahkan ramai pakar pembedahan beragama Islam melaksanakan amalan yang dianjur Islam iaitu menunaikan solat sunat sebelum memulakan pembedahan selain menjamak solat fardu jika pembedahan dijangka mengambil masa.
 
Selain itu, beliau berkata KKM juga telah melancarkan Kempen Hospital Mesra Ibadah tiga tahun lalu dengan pembimbing ditempatkan di hospital tertentu bagi mengajar cara sembahyang kepada pesakit walaupun dalam keadaan terlantar.
 
"Oleh itu, jika exco kerajaan negeri mahu mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP adalah yang pertama akan membina hospital patuh syariah di Malaysia, tengok-tengoklah dahulu apa yang telah kami buat di KKM," katanya.
 
Media melaporkan hospital patuh syariah dikenali Hospital Islam Pulau Pinang yang akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kos RM280 juta itu dijangka beroperasi pada 2020.
 
 


Demikianlah Artikel Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang

Sekianlah artikel Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hospital patuh syariah: Hilmi bidas kerajaan DAP P.Pinang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/hospital-patuh-syariah-hilmi-bidas.html

Subscribe to receive free email updates: